Ketenangan Hati Bersama Islam

Sunday, July 24, 2011

Pernikahan Sebagai Satu Ibadah

Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud..

“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah,

“Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi,

“Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”

Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram..

No comments: