Ketenangan Hati Bersama Islam

Thursday, August 11, 2011

Istiqarah Cinta


Bersaksi cinta di atas cinta..
Dalam alunan tasbih ku ini..
Menerka hati yang tersembunyi..
Berteman di malam sunyi penuh doa...

Sebut nama Mu terukir merdu..
Tertulis dalam sajadah cinta..
Tetapkan pilihan sebagai teman..
Kekal abadi hingga akhir zaman...

Istikharah cinta memanggilku..
Memohon petunjukmu..
Satu nama teman setia..
Naluriku berkata..

Dipenantian luahan rasa..
Teguh satu pilihan..
Pemenuh separuh nafasku..
Dalam mahabbah rindu...

Diistikharah cinta....


Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak

"Allahumma Ballighna Ramadhan. Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

Beberapa hari lagi menjelang, tibalah bulan Ramadhan. Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan? Ini yang perlu kita teliti dan fahami..


Selamat Menjalani Ibadah Pausa Dalam Bulan Ramadhan kali ini..
Pada Semua Juga Diucapkan..
Amin..

Saturday, July 30, 2011

Aishiteru


Menunggu..
Semoga Sentiasa Dalam Rahmat & Redha-Nya..

Monday, July 25, 2011

Sebiru Hari Ini Seindah Hari Kita

Sebiru hari ini..
Birunya bagai langit terang benderang..
Sebiru hati kita..
Bersama di sini..


Seindah hari ini..

Indahnya bak permaidani taman syurga..
Seindah hati kita..
Walau kita kan terpisah..

Bukankah hati kita telah lama menyatu..
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi..
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya..
Hapus air mata meski kita kan terpisah..
Selamat jalan teman..
Tetaplah berjuang..
Semoga kita bertemu kembali..
Kenang masa indah kita..
Sebiru hari ini...

Sunday, July 24, 2011

Pernikahan Sebagai Satu Ibadah

Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud..

“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah,

“Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi,

“Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”

Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram..

Sunday, July 3, 2011

Mahar: Kita Lupa Akan Pesan Nabi S.A.W.


Salam Sya'ban semua.. Menjelang hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan..

Mudah-mudahan dengan harapan sanak-saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka di samping mengeratkan silaturrahim.. Maklumlah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu.. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya.. Itu pun seandainya ada cuti..

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya.. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik.. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab.. Masing-masing tahu sebabnya.. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang..

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan ramai..

"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10000."

"Anak pak Seman pulak RM1000 je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."

"Anak saya kawin RM7000, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."

Macam-macam orang cakap.. Macam mahu jual barang.. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi.. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan..

"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan..

Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan.. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin.. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini..

"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Siti.

"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2000 jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam.. Tidak berani membantah cakap ibu.. Dikhuatiri akan terderhaka..

Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa..

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar.. Terkadang seperti menjual anak pula... Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita.. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10000, RM100000 dan sebagainya...

Hakikatnya, di manakah martabat kaum wanita? Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi.. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta.. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat..

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar.. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar...

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasulullah S.A.W. bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan.. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki.. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki...

InsyaAllah..usah risau.. kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda..

Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga..

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik..

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan..

"Aku bayar sampai RM11000, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku kelak...

Kita lupa akan pesan Nabi S.A.W. yang mana nabi menyebut,

"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."

"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."

"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain..

Sedarlah kita bahawa.. kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar.. lagi tinggi darjat seseorang wanita itu.. Ini salah sama sekali..

Semoga bermanfaat pada semua.. InsyaAllah..

Sunday, June 12, 2011

Selalukah Kita Begini?

Salam semua.. harapnya masih dalam rahmat dan redha-Nya...insyaAllah.. Sedikit perkongsian bersama.. Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun.. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang.. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia..

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika kita masih belum mampu, jangan sesekali bermain dengan perasaan.. Ia tidak akan membawa kemana-mana.. Perjalanan masih terbentang jauh.. amat jauh...

Apabila diceritakan mengenai jodoh?.. ada apa dengan jodoh??

Masih tidak yakin dengan janji Allah S.W.T.?

Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali.. qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi..

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Lihatlah...
Kita semua punyai misi untuk Islam.. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta.. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita?.. untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?..

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah.. Adakah ia hanya sebuah keseronokan?.. Untuk merealisasikan mimpi indah?.. Tidak.... Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah S.W.T. suatu ketika nanti.. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya?..

Jadilah hamba kepada Pencipta kita sebaik-baiknya..

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata.. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi.. Mereka melihat syurga di hadapan mereka.. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin...

Bukan seperti kita?.. Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal.. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan.. Jadi, berusahalah untuk Menyihatkan IMAN!..

Kunci cinta, kasih sayang dan perasaan?..

Cinta dan perasaan satu keperluan.. tidak dinafikan ia kerana fitrah..tetapi kita mesti pandai menguruskannya.. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan.. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya.. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari Islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya...

Mari sama-sama kita mencari cinta dan Redha-Nya...

InsyaAllah...

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Sunday, May 29, 2011

Kita Pernah Bersama..

Kita pernah bersama..
Menempuh onak dan duka..
Tidak pernah putus asa..
Walau dugaan datang melanda...

Dikau pernah bertanya..
Bila bahagia akan tiba..
Ku berkata bersabarlah..
Serahkan saja pada yang Esa..

Bila masanya menjelma..
Kebahagiaan akan tiba..
Namun tidak mungkin ku lupa..
Kenangan indah kita bersama...

Menempuh onak cabaran..
Dan liku hidup yang panjang..
Tidak mungkin hidup ini sepi..
Selagi ku masih di sini...

Kini terungkai sudah..
Kisah hidup kita..
Berbekal taat dan sabar..
Pastikan berjaya...

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Ibu & Guru


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Kepada insan yang bergelar IBU...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku..
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku..
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku....

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil..
Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga....


Kepada insan yang bergelar GURU....

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa..
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta..
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara..
Jika hari ini seorang 'ulama yang mulia..
Jika hari ini seorang peguam menang bicara..
Jika hari ini seorang penulis terkemuka..
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;..
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa...
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis... baca..."

~Usman Awang~


Sesungguhnya, Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih....

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru..
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Sunday, May 8, 2011

Ujian Itu.. Kembali..

Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan..
Menjalani hidup ini tanpa ada cubaan..
Sayangnya harapan itu tak pasti kerna cubaan akan terjadi..
Untuk menguji sabar diri dan ketaqwaan..
Akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan..
Ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan..

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah..
Yang akan kembali kepadanya kapan dan di mana saja..
Dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan..
Agar mendapat keredhaan dan pertolongan..

Sayang harapan itu tak pasti kerna cubaan akan terjadi..
Untuk menguji sabar diri dan ketaqwaan..
Akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan..
Ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan..

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah..
Yang akan kembali kepadanya kapan dan di mana saja..
Dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan..
Agar mendapat keredhaan dan pertolongan..
Dalam ujian..

~Tashiru - Kembali~

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.. Dahulu diri ini melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan.. Sakit.. kehilangan harta benda.. kehilangan orang tersayang.. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hamba-NYA supaya jika kita bersabar.. insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.

Dan diri ini tertanya...

Kenapa diri ini tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?

Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?

Kemudian diri ini tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan.. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan.. Oh, diri ini sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari...

Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu...

Dan sekarang, mungkin Allah mahu diri ini merasa ujian yang pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan...

Susahnya kehidupan seorang pelajar mungkin...
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji dalam bentuk ini.. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah...

Tetapi aku tahu.. Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita.. Persoalannya, mampukah diri ini lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya.. Andai diri ini gagal dalam ujian ini,mungkin ada hikmahnya.. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku kelak..

Namun, aku hidup dengan manusia.. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia.. Sedar atau tidak, diri ini terpaksa memenuhi semua tuntutan itu.. Sehingga mungkin terlupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya..

Ya Allah..ujian itu kembali.. biarkan ia ku hadapi dengan tenang setenang mungkin.. InsyaAllah..

Sunday, April 17, 2011

Ya Allah.. Mana Satu Pilihan Hati.. Siri Terakhir


"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah S.W.T., kerana itu kita mencintai si DIA. Letakkan Allah S.W.T. sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah S.W.T. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah S.W.T. semata-mata."

"Hati kita ini, walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah S.W.T. yang boleh memegangnya. Sebab itu kita kena dekatkan diri dengan Allah S.W.T.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa itu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah S.W.T. Bercinta dengan Allah S.W.T. sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh, cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah S.W.T., hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah S.W.T. hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah S.W.T. ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah S.W.T. dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri..

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah S.W.T. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ini pada Allah S.W.T. untuk DIA pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..

InsyaAllah.. kelak sangat ingin setabah dan setenang emak. Apapun diri kita ini, tetap milik-Nya.. Siapalah kita untuk menilai diri sendiri dan membangga diri kerana di dunia tiada siapa yang kekal abadi. Dunia adalah satu persinggahan “peperiksaan” untuk kita lulus cemerlang di akhirat sana yang kekal abadi..

Ya Allah.. jika dia adalah pilihan hati yang Engkau tetapkan padaku.. Engkau redhai dan rahmatilah perhubungan kami hingga ke syurga kelak.. Kasihmu Amanahku.. Amin..

Wednesday, April 13, 2011

Sendiri Menyepi


Sendiri menyepi..
Tenggelam dalam renungan
..
Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan
...

Perlahan ku cari, mengapa diriku hampa…

Mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

Mungkin dan mungkin lagi…


Oh Tuhan aku merasa
..
Sendiri menyepi..

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi..

Sampai kapan ku begini..

Resah tak bertepi..

Kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala..

Benderang di hidupku...


Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
..
Mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

Mungkin dan mungkin lagi
..

Oh Tuhan aku merasa..
Sendiri menyepi..

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi..

Sampai kapan ku begini..

Resah tak bertepi..

Kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala..


Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……

Seeeeendiri….aku merasa sendiri..

Sampai kapan begini

Resah tiada bertepi…Ooohh..

Ku ingin cahyaMu
..
Benderang di hidupku....

Saturday, March 19, 2011

Ya Allah.. Mana Satu Pilihan Hati.. Siri 2

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah S.W.T. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya..

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak..

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu..

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah S.W.T. marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya..

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya..


"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah S.W.T. dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir.. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak..

Emak meneruskan, "Allah S.W.T. itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya..

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan..

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah S.W.T. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah S.W.T. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika..

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.. Kasihan pada emak.. lalu, aku pun mendapatkan air di dapur untuk emak buat seketika..

Kita sambung kemudian ya.. insyaAllah..