Ketenangan Hati Bersama Islam

Sunday, February 27, 2011

Salam Ulang Tahun Kelahiran


Selamat Ulang Tahun Kelahiran Untuk Adik Arief Sayang...

Syukurilah nikmat umur kerana umur itu suatu amanah dari-Nya..

Hiasilah ia dengan amalan-amalan kebaikan kerana ianya akan ditanya kelak ke manakah ia digunakan..

Sabda Nabi S.A.W.; "Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya"..

InsyaAllah..

Semoga tenang dalam rahmat dan redha-Nya..

Ameen..

Wednesday, February 16, 2011

Kita Kan Kawan.. Sahabat Sehidup Semati..


Ketika mula bertemu..
Terasa bagai telah lama bersua..
Kau sambut hulur tanganku..
Bertegur sapa penuh mesra...

Masa terus berlalu..

Dan kita tetap seiringan berjalan..
Menempuh onak liku..
Lalui semua suka dan duka bersama...

Biarlah apapun rahsia..

Dan kelemahanmu tetap engkau temanku..

Riangnya saat kita ketawa...

Asyik senda dan bercerita...
Walau sesekali pandangan kita berbeza...
Andainya tetap serupa...

Adakalanya kita juga saling terluka..

Namun di akhirnya kita tetap bersama...

Dan kini dipisahkan dua benua..

Saling mengejar cita..
Tak pernah kulupakan..
Detik yang indah bersamamu temanku..

Huuuu....aaaaa.....


Ku pasti suatu masa..

Engkau dan aku kan bertemu semula..
Kembali menjalinkan detik nan indah..
Untuk kenangan bersama...

Monday, February 14, 2011

Saat Baginda S.A.W Hampir Wafat

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba..

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu..

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang..

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah..

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan..

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang..

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka..

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi..

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah S.A.W..

Air mata penulis bergenang dan menitis buat seketika..

Memikir.. layakkah penulis berjumpa denganmu kelak Ya Rasulullah S.A.W...?

Di hadapan Allah Yang Maha Esa..

Saturday, February 5, 2011

Cara Untuk Bertenang-Tenang Selalu

1. Mulakan dengan niat.

Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa kita mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, kita mahu bertenang mungkin sebab mahu mengelak dari stress, mungkin juga sebab mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply. Kita mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang lakukan..

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.

Elak dari mengerut kening ketika ita sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biasakan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat kita tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelam-kabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawa diri bertenang..

3. Kawal emosi.

Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, kita menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, kita masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Kita masih menampakkan marah diwajah. Ketika bersabar, cuba memujuk diri supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang kita sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar..

4. Pernafasan.

Pernafasan terarah membuat kita merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal.. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Kita boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang..

5. Sembahyang.

Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana kita perlu khusyuk. Kita tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang. Jangan tinggal solat 5 waktu sehari!..

6. Elak berpeluk tubuh.

Ketika sedang berpeluk tubuh, kita sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu, ketika menonton tv, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah kita berpeluk tubuh tak akan membuat diri merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat kita merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional. Tak percaya, cubalah..

7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.

Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang macam ini biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila kita dekat dengan orang yang tenang, kita juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya..InsyaAllah..

8. LET GO.

Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat kita tertekan. Lupakan! Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Kita akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang mahu fikir. Kita akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, kita akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, kita akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat diri tertekan..

Ketenangan membuat minda kita bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga..insyaAllah pada yang telah berumah tangga ye..

Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat diri kita disenangi orang..

Dalam perhubungan antara diri kita dengan Allah S.W.T., pasti dirahmati oleh-NYA kelak..

InsyaAllah..

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu;

~Allah S.W.T~

Tuesday, February 1, 2011

Kisah Seorang Cikgu Tadika


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan.. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan.. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal (idea)...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid
: Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan, nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

(^_^)/

* Moral: Kita sama-sama fikirkan, sudah dapat nanti, sila respon pada comment di bawah.