Ketenangan Hati Bersama Islam

Thursday, January 14, 2010

Rumput & Kasih Sayang


Hendak dijadikan cerita..


Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, punyai seorang pelajar bernama Fakhrul bertanya pada seorang gurunya yang sedang mengajar. Ketika itu, gurunya sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am kepada semua pelajarnya di dalam kelas.


Perbualan di antara Fakhrul dan gurunya berbunyi begini:


Fakhrul: Maaf, cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang cikgu suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Fakhrul: Baiklah...apa yang saya harus buat cikgu?


Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Fakhrul: InsyaAllah, cikgu. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila Fakhrul balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepadanya.


Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik tu Fakhrul?

Fakhrul
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Subhanallah, memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik cikgu.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kita terima pada hari ini, kerana jika kita meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan walaupun hanya seinsan biasa mahupun lemah, kasih sayang ALLAH S.W.T. itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasih-Nya, maka kamulah serugi-rugi manusia..


InsyaAllah, sentiasakanlah diri untuk tenang dalam memohon doa pada-Nya.. Mudah-mudahan dipermudahkan kemudahan urusan dunia dan akhirat kelak.. Bekunya airmata dari kerasnya hati.. Kerasnya hati dari banyaknya dosa.. Banyaknya dosa dari lupanya mati.. Dan lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia..


Ya ALLAH.. letakkanlah dunia di tanganku, janganlah ENGKAU letakkan ia dihatiku.. Carilah dunia dan kejarlah akhirat kerana di situlah punyai KETENANGAN.. InsyaAllah, KETENANGAN yang HAKIKI..

Friday, January 1, 2010

Seinsan Biasa Kerana Engkau Yang Terpilih

Aduhai hati yang tidak tenang dan selalu gundah gulana..

Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati. Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti..

Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..?

Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran dan ketenangan. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T., sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T. tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

Hanya Allah bersama-sama mereka yang sabar dalam ketenangan.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibah ia akan menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah S.W.T.

Oleh itu, syukurlah ia kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi erti SYUKUR..

Maka bersyukurlah..

Bersyukurlah..

Bersyukurlah kerana engkau INSAN terpilih..