Ketenangan Hati Bersama Islam

Monday, December 27, 2010

Saya Cinta Kamu Sebelum Saya Jumpa Kamu


Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap manusia.. Bohonglah sesiapa yang mengatakan "aku tak perlukan sesiapa dalam hidup... hidup matiku hanya untuk Allah S.W.T." Rasulullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sanggup berlapar dan enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Semua memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkasih sayang.. Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidup.. Misi dalam hidup ini perlu dipelbagaikan. Sebagai hamba Allah S.W.T., tentu sekali, matlamat utama adalah untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa. Maka, dalam perjalanan menjadi mukmin yang bertakwa, pastikan misi-misi yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama.. Ini termasuklah misi mencari pasangan yang terbaik.. InsyaAllah..

Kebanyakkan wanita yang ditemui, menyayangi 'suami'nya lama sebelum mereka jatuh cinta.. The idea of finding & marrying the best menyebabkan mereka mendambakan seseorang yang mempunyai sifat dan sikap yang baik dan terpuji.. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut akhirnya benar-benar menjadi suami mereka...

Wallahu'alam, ini perancangan Allah S.W.T. Setiap orang sudah ditetapkan rezekinya termasuk jodoh dan Allah S.W.T. Maha mengetahui apa yang di dalam hati setiap insan.. mahupun hambanya...

Perancangan dan ketentuan-Nya amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat..

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Namun, tiada siapa dapat meramal siapa jodoh yang telah di tetapkan tetapi, the idea of finding & marrying the best, harus disematkan.. Allah S.W.T. Maha Mengetahui apa yang dihati setiap manusia dan... Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik..

Bagi diri ini, amat mendambakan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama dan masa depan... Alhamdullilah, dalam perjalanan itu.. ditemukan dengan sahabat-sahabiah yang memberi erti pada istilah terbaik...

Mohon mendoakan agar sahabat-sahabiah yang yang sedang mencari rezeki masing-masing supaya jangan putus asa... Allah S.W.T. mendengar isi hati hamba-Nya... The idea of finding & marrying the best bukanlah sesuatu yang fairytales. Ia telah berlaku kepada beberapa pasangan dan InsyaAllah..., ini juga boleh berlaku pada diri ini..mahupun sahabat sahabiah sekalian mungkin... tidak hari ini.. kelak...insyaAllah.. hati sentiasa tenang...

"The best love is kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds.. and that's what you have given me.. that is what I did hoped to give you forever....."

Saturday, December 18, 2010

Salam Ulang Tahun Kelahiran


Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-46...

Syukurilah nikmat umur kerana umur itu suatu amanah dari-Nya..

Hiasilah ia dengan amalan-amalan kebaikan kerana ianya akan ditanya kelak ke manakah ia digunakan..

Sabda Nabi S.A.W.; "Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya"..

InsyaAllah..

Semoga tenang dalam rahmat dan redha-Nya..

Ameen..

Friday, December 17, 2010

Selamat Pengantin Baru Akak Ija!


“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

- Kaseh Ayunis -

Monday, December 6, 2010