Ketenangan Hati Bersama Islam

Wednesday, December 3, 2008

Sulaiman..

Lama rasanya diri ini mencari ruang untuk menulis sesuatu di blog. Mungkin disebabkan selalu tertumpu kepada kepada kelas tuisyen yang berjalan dirumah, penyakit demam pula yang melanda satu keluarga, broadband yang selalu kadangkala ON kadangkala OFF sampai sukar nak ‘menyelami’ PC babah, tidak berkesempatan nak pergi ke CC walau hanya beberapa meter sahaja dari rumah juga kesibukkan sama-sama menguruskan kenduri sepupu yang dekat- dekat pula tarikhnya. Kalau satu tidak mengapa lagi. Kalau dah lebih daripada dua dalam masa 2 bulan ini, sibuknya kalah pengantin hee..

Banyak sangat alasan diatas, sebenarnya bukan perkara besar sangat pun, semuanya atas diri sendiri juga. Kesempatan yang ada, diri ini tidak terlepas sebenarnya bersama-sama mengikuti satu rancangan televisyen.Diri ini tidak berkenan dengan rancangan televisyen lagi-lagi, begitu semarak cerita realiti TV seperti “Sehati Berdansa, Akademi Fantasia, My Star, dan Dance with me”. Hakikatnya ia salah satu perkembangan yang tidak sihat ditonton.

Atas itu, alhamdulillah keluarga menghindari rancangan ini kepada setia bersama OASIS. Channel ini adalah satu-satunya saluran yang memaparkan cerita-cerita berunsurkan islamik. Di sini, ada slot Indahnya Iman di mana zikir-zikir bergema setengah jam sebelum waktu solat. Ceramah berbentuk motivasi yang mengikut peringkat umur dan sebagainya. Saluran ini adalah salah satu langkah yang baik bagi menyalurkan medan dakwah kepada masyarakat. Sisipan akhbar Berita Harian pada 30 November 2008 ada menyatakan bahawa ada antara penonton bukan beragama Islam tertarik dengan wadah yang disiarkan dan akhirnya mendalami Islam dan memeluk Islam...Alhamdulillah.........

Pada cuti sekolah ini, ASTRO channel Oasis ada memaparkan drama hikmah bertajuk Sulaiman. Mulanya tidak mahu menonton, kerana takut ’terlekat’ mata ini, maklum sahaja diri ini ’kaki TV’ teringat kata babah nak lekatkan mata ini kat TV. Selepas perkara itu, kononnya merajuk pada dia.Atas pengaruh anak-anak buah, saudara mara dan adik sendiri yang bersungguh-sungguh promosi cerita yang berhikmah ini, maka tertontonlah siri ini dari episod tengah sampai pengakhirannya semalam.

Cerita Sulaiman adalah hasil ilhami dari kisah Nabi Ibrahim a.s. yang dilayarkan oleh pelakon-pelakon daripada Indonesia. Secara kesimpulannya, cerita ini berkisar kepada seorang Pemuda bernama Sulaiman yang mempunyai ayah yang berpegang kuat pada penyembahan berhala dan mengamalkan ilmu-ilmu hitam yang sangat dasyat. Penyokong terbesar adalah iblis laknatullah. Berhala di bina disekeliling rumah sebagai bukti kekuasaan ‘dunia kegelapan dan kejahatan’.

Berlainan pula ibunya yang sangat taat pada perintah Allah s.w.t, termasuk Sulaiman. Oleh itu, sentiasalah berlaku pertelingkahan antara Sulaiman juga ayahnya. Sulaiman sentiasa menasihati ayahnya supaya kembali kepada Allah s.w.t.. Atas keegoan dan kemegahan diri dan juga termakan nasihat iblis, ayahnya menentang kuat anaknya Sulaiman yang terkenal kerana zikirnya dan dia juga akhirnya hilang sabar dan bertindak memecahkan semua berhala ayahnya.

Maka, Marahlah si Ayah itu dan cuba menentang anaknya, tetapi serta merta ayahnya mati disebabkan kuasanya terbalik menentangnya atas doa Sulaiman yang meminta pertolongan dari Allah s.w.t..Sulaiman dan ibunya bersedih kerana Tuan Saji itu mati dalam keadaan sesat di jalan Allah s.w.t. Peristiwa itu sebenarnya memberi satu titik permulaan dendam bagi pemusatan ilmu hitam yang diwarisi oleh ayahnya.

Kerana...episod seterusnya, dia diuji dengan Tun Sutarji yang angkuh kerana menggelarkan dirinya hebat dan berkuasa di seluruh alam. Tun Sutarji adalah Tok guru ayahnya yang ingin menyesatkan Sulaiman. Tetapi, dengan usaha dan kesabaran Sulaiman menghadapi ujian, semua bentuk halangan berjaya dihadapi dengan bantuan daripada Allah s.w.t..Dari situ, Sulaiman disegani dan ajaran Islam berkembang diseluruh perkampungannya.

Dari cerita ini ada terselit peringatan dimana,

Keangkuhan dan kesombongan...antara musuh utama agama yang mesti dibuang langsung dari kamus hidup manusia. Jauhilah sikap itu dalam diri kerana mungkin ia akan menguasai hati juga minda manusia hingga alpa kepadaNYA.

Firman Allah s.w.t,
“Allah tidak suka orang yang angkuh dan sombong’’
(al-Hadid:23)

Setelah cerita Sulaiman tamat, terdengar keluhan daripada Arief adik yang paling kecil mengatakan,

“alah, Sulaiman dah habis dah, macam mana ni?” hee..

“lepas ni tengok cerita ilyas la!!” Jawab pula sepupu dia, haa..

“kenapa pula?” Jawab kami serentak, urmm..

“lepas Sulaiman kan ilyas”(mengikut susunan lagu Para Nabi)” huu..
hakimi..hakimi..melawak pula dia...