Ketenangan Hati Bersama Islam

Wednesday, January 28, 2009

Pilihan Hati

Kiranya tiada CINTA INSAN untuk MU, cukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidup MU, kelak
akan ada CINTA INSAN yg menyintai ALLAH sebagaimana CINTA MU kepadaNYA.

Dari CINTA-NYA kita berasal, dan atas nama CINTA DIA menciptakan kita krn CINTA kita mendatangi-NYA, dan demi CINTA juga kita kembali kepada-NYA.

Hanya memerlukan seminit utk mengenalimu, sejam untuk menyayangimu, sehari utk mencintaimu, tetapi seumur hidup utk melupakanmu, HanyaMU yang yaNG kEkAL,
Bukan Dia.

Andainya hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungkannya. Namun andai mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang Nyata bukan Pendusta.

salam selantara.

Cetusan

Kenapa lama kakak tak menulis..sibuk sangat ker?” Kata hakim kepada ku

Emhh.. tak ada lah manada sibuk..ntah..(tiada reaksi dan jawapan lanjut)

Mata masih melihat kaca televisyen..hakim mengerling memandang..lantas asyik menggeleng....

Ku tersenyum..

”ala cakaplah nak kakak tolong buat cerpen...” ku sengih seketika

” sumbang-sumbanglah, banyak sangat kerja kuliah...walau hakim tengok ”grammar” n ”pronouns” kakak dah tertukar ke FOOD SERVICE MGT hehehe....

Termenung.....sian hakim, sejak sambung ke bidang sastera dan sosial dia macam ada kekeliruan mengarang, tapi dia yang minat ke arah itu....ku pun lama dah tak baca buku penceritaan ..

” hakim nak wat cerpen tentang apa..akak ada ramai kawan yang suka mengarang..blog mereka pun kakak banyak.... tengok lah dan cuba dapatkan idea...” ku bagi harapan..

” Persahabatan atau peraRASAan hati..ok tak kakak?” hakim bersungguh.

”Aik.. macam kenal ja tajuk tu hakim..?” terpancul jawapan dibenak ku..

Hehehe...

” cari idea dan informasi dulu, tak susah jika nak buat betul-betul..ala hakim kan mantap dah..saja je ye..” garap ku.

” ye la, kakak, yang penting bukan setakat ada RASA ja..jangan la emosional sangat..Fikir jauh..Tenang..ingat Allah s.w.t...” ngomel hakim.

” la.. terima kasih la..walaupun macam tak berapa kena sesi ”emosional” tu...” madah ku..

Ketika itu ada satu semangat hendak berkongsi cerpen terdahulu.....

”kak, due date kamis tau, terus bagi perangkaan..ok, nak tidur dulu” laju susun kata hakim.

iskh...emmmm........


SUATU KEHIDUPAN

Sejenak mata ini memandang ke arah bumi yang sangat..
Indah……
Cantik......
Hebat.......
Bertapa diri ini bertuah..
Tetapi, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Adakah ianya seindah kehidupan ku...
Adakah ianya mengulik rasa cinta hati ku..
Adakah ianya setinggi cita-cita ku..
Adakah suatu kehidupan yang lebih baik buat diriku..

…………………………………………………………………………………………….

Cerita itu,

Remangan senja membentuk sesuatu yang amat mengagumkan, tirai yang dilabuhkan menguning, menusuk kalbu pada yang menghayatinya.Ia amat mengasyikkan. Amat syahdu rasa dalam rindu.

Terdengar sayup-sayup azan berkumandang memuji kebesaran ilahi..
Tatkala itu, terdengar kicauan burung putih berlagu riang getarannya. Berdebar hati itu.
Disitulah Ayu..berlabuh di atas batuan kecil, di celah-celah hamparan pasir, menarik hati pada sesiapa yang memandangnya.

“Ayu sayang, mari balik nak...’’suara ibu memecah lamunanku.

“ Ibu baliklah dulu, Ayu nak tunggu ayah’’ jawab Ayu. Setiap hari, ayah pulang dari laut
membawa hasil tangkapannya. Ayulah, manusia yang paling gembira dan seronok. Setiap kali itu jugalah, dia sering bertanya mengapa ikan-ikan itu tidak pernah habis walaupun ditangkap.

“Kenapa tak pernah habis ikan yang ayah tangkap ye..? Tanya Ayu dengan perasaan ingin tahu..keliru..dan naïf.

“ Itulah kuasa Allah Ayu..” Pak Akhir memandang wajah Ayu anak kesayanganya.
Ya, itulah kuasa Allah, Pak Akhir, ayah Ayu meningalkan Ayu keseorangan kini.

Ayu masih dipantai, mengingati memori yang ditinggalkan ayahnya .Ayu pasrah. Dia memandang ke lautan.Ternyata, laut itulah membaham manusia kesayangannya 5 tahun lalu.Ayah.....Ayu rindu sangat...

Sejak itu, keluarganya ditimpa kesusahan, amat perit, rumahnya bagai menunggu saat untuk menyembah bumi. Rumah Nelayan.Siapalah yang hendak mengendahkan.Walau pada zaman pembangunan dan kemajuan ini, sebenarnya masih ramai yang merana kedaifan. Hasil jualan kuih maknya hanya dapat menampung pembelajarannya serta lima orang adiknya.

“Ayah, tengoklah Ayu jalan ada gaya cikgu tak?” Tanya Ayu riang.

“ Anak ayah bukan sekadar macam cikgu, tapi macam ratu!” Seloroh ayahnya.

“Eleh, kakak macam momok ja bersolek!’’Najmi menjuih bibirnya.

“Kurang asam adik!’’Ayu memekik ke telinga Najmi. Adik keduanya.

Ahh....itu dulu, kenangan berlalu, tetapi kini, walaupun keputusan SPM baik dan menggalakknya melanjutkan menara gading, impiannya musnah bagai debu-debu pasir yang dihembus angin pawana. Ayu ke sekolah juga cuba menyambung pelajarannya ke tingkanan 6 rendah sejak seminggu lalu.Entah sampai bila. Dia sendiri tak mengetahui. Mungkin hari ini, hari yang terakhir buat dirinya.

“Kenapa Ayu?’’ tanya Cikgu Ariel lembut. Ditatap wajah Ayu. Memang seayu namanya. Sememangnya guru itu menyimpan perasaan terhadap Ayu. Ayu tahu tentang itu.

“Saya bantu kamu ya?’’ halus suara Cikgu Ariel kepada Ayu.

“Errr..emmm..tapi kami tak mampu Cikgu Ariel. Adik-adik saya ramai. Yuran sekolah ini pun sekolah yang bayar, adik-adik yang lain lagi, yuran buku, persatuan dan kelengkapan lain, arghh.. saya tak boleh mementingkan diri sendiri!’’ Petah sekali Ayu berbicara.

“Tapi Ayu, saya akan usahakan, buku-buku saya akan dahulukan, lagipun dekat pusat sumber kan boleh dipinjam, kawan-kawan lain juga ada mintalah bantuan mereka. Biasiswa yayasan negeri saya akan cuba dapatkan, OK?’’. Cikgu Ariel cuba memujuk.

“Tapi sampai bila cikgu? Manusia cikgu lama-lama…”. Ayu tidak dapat meneruskan kata-katanya. Cikgu Ariel terdiam.Bukan Ayu seorang sahaja yang bermasalah begini, ada lagi pelajar-pelajar kampung pedalaman Sg. Bedena ini yang senasib dengannya. Cuma Ayu gadis yang terselamat dari kancah bohsia dan bohjan diluar sana. Kesian mereka, hanyut dalam gelombang sosial yang melampaui batasan.


Cikgu Ariel terpaksa mengakui kata-kata Ayu. Tetapi dia ikhlas membantu Ayu. Dia yakin, setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya.

“Dunia ini kadangkala tidak adil, yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus bertambah miskin” keluh Cikgu Ariel.

“Apa Cikgu Ariel?” Ayu bersuara. Cikgu Ariel tersentak dari kewarasannya yang dia sendiri tidak ketahuan. Terpinga-pinga memandang Ayu.

Kringgggggg….

Deringan loceng ini menandakan berakhirnya alam persekolahan Ayu. Dia meninggalkan Cikgu Ariel tanpa jawapan dan memberi harapan padanya. Dia tidak mahu. Segalanya hanya kenangan mungkin impiannya musnah. Ayu cuba memujuk hatinya. Mungkin ada peluang lain. Manusia ini dilahirkan berbeza dan setiap kejadiannya berhikmah.

“Tapi, masihkah ada peluang esok?” Ayu berteka- teki dalam tangisan hati. Tangisan naluri. Patah hatinya.Bukan mudah Ayu menangung derita ini.

Ayu kembali ke rumah, semakin hampir dia ke rumah, semakin jelas suara Mak Ehah mengapi-apikan ibunya. Disuruhnya Ayu berkahwin dengan anak saudaranya. Ayu tidak jadi naik. Dia sebak dan pilu. Dia cuba mengamati setiap butir-butir kata “hikmah” Mak Ehah.

“ Apa kau susah Nas, kau kahwinkan sahaja si Ayu dengan Redha, senang hidup kau!’’ kata- kata Mak Ehah semakin menghiris tangkai hatinya. Pedihnya Ya Allah. Hanya Dia saja yang tahu.

“Nantilah kakak, saya bincang dengan Ayu..” sayu suara Mak Nas.

Ayu melangkah naik, pura-pura tidak mendengar.

“Allah…..Ayu..Ayu..buat apa sekolah lagi nak, duduk kampong ni, kahwin ja la. Tengok kawan kau yang dapat 8A SPM, tak kemana pun, bila dipinang terus kahwin” kata Mak Ehah. Ayu tersenyum pahit. Terpancar pemikiran kolot Mak Ehah, anak dara dikahwinkan sahaja lepas sekolah. Tidak masuk akal langsung pendapat dirinya.

“ Zaman sudah berubah tapi manusia sukar berubah!’’ ngomel Ayu sendiri.

“Aku balik dulu Nas, jangan tak jadi tau!’’ kata Mak Ehah pantas. Senyum sinis memandang Ayu.

“ Ada apa ibu?’’ tanya Ayu berpura -pura. Cuba menahan gelutan hatinya yang begetar semakin sukar di sembunyikan.

…………………………………………………………………………………………

“ Tak ada apalah. Mari makan Ayu..” ibunya cuba menyembunyikan segalanya.

Ayu tergelak seketika. Cuba membuat hatinya tenang kembali. Ibunya senyum. Memang Ayu selalu begitu.

“ Alah, Mak Ehah nak jodohkan Ayu dengan Abang Redha, anak buah dia yang baru balik dari Australia kan? Ayu cuba mencungkil rahsia.

“ Mana Ayu tahu?” Mak Nas kehairanan.

“ Alah, Ayu dengar masa kat bawah rumah tadi” kata Ayu sinis.

“ Ayu setujukah nak..’’. tanya ibunya.

Ayu terus memeluk ibunya. Seerat yang mungkin. Ayu menangis teresak-esak. Dia tidak dapat mengawal perasaan gundah dalam hatinya. Dia cuba memberi jawapan dalam kelembutan belaian seorang ibu. Sememangnya Mak Ehah yang banyak membantu keluarganya. Keluarganya amat tehutang budi kepada Mak Ehah. Mereka pun masih terus berhutang dengan ibu saudara Redha itu.

Ayu melepaskan pelukkan daripada ibunya.

“ Entahlah ibu, kalau baik bagi ibu, maka baiklah, jika tidak maka tidaklah..’’ Ayu berteka-teki. Ayu berlalu dengan pasrah. Ayu menerimanya dengan redha.
Ya, Redha nama bakal tunangnya nanti.

…………………………………………………………………………………………

“ Tak usah menangis Ayu..hari ini hari bahagia Ayu” ibunya menyapu lembut air mata Ayu. Mak Ehah tersenyum puas, berjaya juga dia memujuk Mak Nas agar mengahwinkan Ayu dengan anak saudaranya Redha Adras. Ayu semakin tabah dalam melalui waktu itu.

“ Ayu, ayu masih marahkan abang ye? tanya Redha gusar dalm hatinya. Ayu membisu. Lagi sebulan saja Ayu akan bergelar isteri kepada jejaka tersebut. Ayu tetap membisu.
Mendiamkan diri seribu bahasa. Tiada apa-apa ungkapan yang hendak diluahkan kepada Redha pada ketika itu. Dia masih keliru.


“ Ayu..abang tahu Ayu masih marah kat abang. Abang tahu cita-cita Ayu. Selepas kahwin, abang nak ke Australia. Abang dapat tawaran kerja disana. Nanti, kalau Ayu nak sambung belajar, belajarlah, abang akan uruskan segalanya. InsyaAllah, abang tak akan abaikan Ayu dan adik-adik Ayu selagi abang mampu. Abang nak Ayu jadi sumber kekuatan abang..” ucap Redha menusuk jiwa Ayu.

“ Tapi jika Ayu tak bersedia dan tak sudi terima abang, abang akan tangguhkan atau batalkan saja urusan nikah kita. Tapi niat abang untuk Ayu ikhlas!” Redha mengurah lagi pintu hatinya pada Ayu .Ayu tersentak, ada sinar kejujuran dalam hati Redha. Jejaka yang menjadi tunangnya itu.

“Terima Kasih abang. Ayu harap ianya bukan sekadar omong-omong kosong” Ayu meminta kepastian.

“InsyaAllah Ayu. Abang tak akan sia-siakan Ayu dan adik-adik Ayu” jawab Redha yakin.

Ayu masih masih dalam dilema. Masih mencari kepastian. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat memahami kegusaran hatinya. Ayu memandang kelautan...mungkinkah tindakan Ayu betul.
Ayu memandang Redha dan terus mencari jawapan yang hampir pasti

…………………………………………………………………………………………

Perjalanan Hidup ini..
bukanlah sesuatu yang mudah..
Sejenak hati ini bermurung..
Sekilas duka itu meraung..
Jiwa manusia berasa begitu kosong...
Hancur tidak berpegangan..
Bagaimana hati ini harus dipandukan..
Bagaimana caranya..
Bagaimana kesannya..
Bagaimana menempuhinya..
Inilah realiti suatu kehidupan..