Ketenangan Hati Bersama Islam

Thursday, January 27, 2011

Tentang Bulan

Matahari..

Sinarannya menerangi hari..

Tapi, bila matahari hilang dari pandangan..

Kita mula keseorangan..

Malam pula menemani…


Kita mahukan BULAN..


Kerana BULAN menyenangkan..

Cahayanya indah di malam hari,,

Tapi, bila sesekali hujan badai tiba..

BULAN menjauh.. kelam..

Hilang di balik awan…

Kita mula sunyi..

Tiada cahaya menerangi…

Kalah dengan kesepian.. resah..

Kita mula tercari-cari matahari semula..

Kita dah tak nampak BULAN..

Sedangkan BULAN menangis kerana..

Terlalu cepat kita mengkhianati..

Sedang BULAN masih setia..

Di celah-celah awan yang kelabu..

Menanti..

Dan akhirnya berlalu pergi…

Bulan dan matahari bersilih ganti…

Begitulah, lemahnya hati..

Hati kita..

Sejenak keinsafan..

Bersama..


Thursday, January 20, 2011

Salam Ulang Tahun Kelahiran


Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-49...

Syukurilah nikmat umur kerana umur itu suatu amanah dari-Nya..

Hiasilah ia dengan amalan-amalan kebaikan kerana ianya akan ditanya kelak ke manakah ia digunakan..

Sabda Nabi S.A.W.; "Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya"..

InsyaAllah..

Semoga tenang dalam rahmat dan redha-Nya..

Ameen..

Tuesday, January 18, 2011

Teruskan Perjuangan




Kenangan lalu kekadang...
Boleh meninggalkan seribu kenangan suka duka dan gelak tawa dalam diri kita...

Namun...

Jangan dilupa pada sinar di hadapan yang bakal tiba..
Boleh jadi ia membawa bukan seribu.. malah, berjuta kenangan yang berharga kelak..

InsyaAllah...

Senyumlah di saat masih ada insan yang mampu membuatkan kita tersenyum riang..

Tenangku dan tenangmu dalam redha dan rahmat-Nya...

al-Fatihah...

Pada yang telah pergi menghadap-Nya..
Telah genap setengah tahun pemergiannya hari ini..
Sungguh cepat masa berlalu..

Adakah kita masih pada tahap yang sama?

Untuk mengadap di hadapan-Nya kelak?

Sebagai seorang...?

Umur tidak menjadikan seseorang itu matang..

Dewasa mungkin..

Tetapi, belum tentu matang..

Orang yang matang dinilai dari segi percakapan, perbuatan serta pemikirannya..

Oleh itu, berbuat baiklah sehingga orang bawahan menghormati kita dan orang atasan menyenangi kita kelak..

Siiru'ala barokatillah..


Thursday, January 13, 2011

Bunga Kaseh Bertangkai Duri


Semilir semalam mengirimkan resah..
Di tabir jendela gerimis membasah..
Menggamit rasa rindu..
Di cepu ingatanku..
Dinihari dihiris kenangan lalu...

Ku pohon kedamaian bersemi dihatimu..
Moga dijahitkan duka yang bertamu..
Biar bernoktah rajuk yang datang usah berpanjangan..
Takkan ukhuwah kita putus dicincang...

Dulu dikau hadir ketika kau memerlukan..
Bersama sejuta pengharapan ingin sokongan..
Kau ku pimpin melangkah onak dan duri yang menyakiti..
Tapi mengapa kini melupai...

Dikau taburi setulus janji saat hidup dikau diuji..
Siapapun tak sudi membantu..
Kala berat bebanmu dibahu..
Biarpun sukar kita menggagahi..
Untuk berkongsi secarik mimpi..
Kerna Tuhan menganugerahi..
Sejambak kasih pautan hati...

Kasih berbunga tangkainya berduri..
Namun pengorbanan tetap suci..
Niatlah hanya Allah yang mengerti..
Meredhai ketulusan budi....

Friday, January 7, 2011

Dalam Kenangan Bersama


Untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar.

Dan Allah S.W.T. menciptakan kamu dari tanah kemudian air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lauh Mahfuz). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah S.W.T.

(al-Fatir:11)

Saturday, January 1, 2011

Azam

Salam Tahun Baru Masihi pada semua sahabat-sahabiah…

Untuk lebih bersemangat awal tahun yang penuh keazaman, kita perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya…


Kita perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan…

Happiness attracts more happiness, joy attracts more joy!

Untuk kekalkan kegembiraan yang kita rasa, ucapakan syukur kepada-Nya selalu... Alhamdulillah.. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi kelak.. InsyaAllah.. dengan izin-Nya juga…

Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling kita, ucap walau peranan mereka pada kita ini kecil sahaja, misalnya.. ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat kita, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta kita. Jika kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan kita kerana membuat kita sedar kesalahan yang dilakukan diri sendiri…

Pada yang masih belajar, ucapkan terima kasih pada lecturer kita sama ada kita suka tidak suka pada lecturer itu… kena juga tanamkan ucapan terima kaseh pada diri untuk mereka ini… kerana didikan-Nya mungkin datang daripada mereka secara tidak sedar… insyaAllah..

Pada yang berkeluarga… jika kita seorang suami, ucap terima kasih pada isteri kerana mengambil berat diri kita, ucap terima kasih pada dia kerana sanggup bersusah payah berbakti untuk kita sebagai ketua keluarga… tetapi jika kita seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk kita bergantung hidup padanya. Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat diri menghargai pasangan masing-masing… bukan sekali dua, tapi setiap hari… jika mampu… insyaAllah…

Setiap kali kita dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan.. alihkan seketika fikikiran pada benda-benda yang kita ada dan hargai orang-orang di sekeliling.. Ini menjadikan diri lebih bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah kelak…

Dulu kan.. kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu… Sekarang..! gunakan kesyukuran untuk membuat diri lebih bersemangat selalu… insyaAllah..

Kegembiraan yang terbit dari kesyukuran lebih bertahan lama dan ia membuat diri sendiri menjadi energetic di samping akan komited pada apa saja yang dilakukan...

Semoga ketenangan kegembiraan memberi nafas dan azam baru pada kita kelak.. InsyaAllah..