Ketenangan Hati Bersama Islam

Tuesday, August 10, 2010

Aku TemuiMu Lagi...


Alhamdulillah.. syukur pada-Mu Ya Allah.....

Marhaban Ya Ramadhan.........

Penulis ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua sahabat-sahabiah..insyaAllah, di bulan yang mulia ini, kita tingkatkan amal ibadah kita dan istiqamahkan ia sehingga kembali pada Yang Esa..

Hati penulis merasai ketenangan dalam bulan yang mulia ini... Subhanallah.. rahmati dan redhailah kami Ya Allah..

Rasulullah S.A.W. pernah memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi S.A.W. bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian.”

Allahuakbar... hati penulis sangat mengharapkannya.. InsyaAllah..

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan… kedatanganmu kurindui.. kehadiranmu menggamit ketenanganku..

InsyaAllah.. amin...

No comments: