Ketenangan Hati Bersama Islam

Wednesday, May 12, 2010

Syukur kepadaNYA

Rindu penulis pada blog ini, mana tidaknya, hampir 3 bulan membiarkan blog ini tanpa apa-apa bahan penulisan.Syukurnya pada Allah s.w.t kerana masih memberi penulis kesempatan ini.....

Kaseh ayunis>>> =)


Kenapa ya?

Kerana apabila penulis mengamati kesemua limpahan nikmat sepanjang beberapa bulan ini, penulis alpa dan terleka untuk mewarnai dunia penulisan. Alasan penat, tidak sempat, pening, sakit dan banyak lagi adalah ujian bagi penulis sendiri. Tatkala penulis menulis ini pun diri ini masih dalam keadaan begini..





Kenapa ya?

Kerana demam juga. Gejala HINI dengan pelbagai simptom itu merimaskan diri penulis juga. Begitu pun penulis merasakan bahawa Allah s.w.t sedang menyampaikan sesuatu pada hambanya.Ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah s.w.t, aku redha dalam setiap ujianMu...


Dan pada ketika itu juga?

Ku panjatkan syukur kepada Allah kerana masih memberikan kekuatan minda dan tangan juga kaki untuk bergerak ke sana ke mari. Sungguh berhikmah sekali, tatkala kesibukan ini juga Allah s.w.t memberikan segala yang terbaik buat hambanya..

Bersyukurnya pada Allah s.w.t juga?

Masih memberi nikmat kesihatan kepada kedua orang ibu dan bapa juga adik beradik serta sanak saudara yang jarang sekali dapat berkumpul beramai-ramai antara satu sama lainnya..

Dan juga?

Kerana nikmat melihat keindahan alam ciptaannya, terdengar kicauan burung juga angin bayu pagi yang segar setiap hari di kampung halaman. Tidak dapat ku kecapi di hiruk pikuk bandar yang sentiasa menggamit sakit hati. Begitulah suasananya..

Tenang sungguh penulis hari ini,
Amat bersyukur pada Allah s.w.t,
Walaupun penulis tahu ada cabaran lain yang menanti,
Sentiasa bersyukur padaNya bukan??

Syukran Ya Rabbi

P/S : Penulis sambil mendengar surah Al AHQAF ayat 1 hingga 21, insyaAllah sama-sama hayati



Wednesday, February 24, 2010

Kerinduan Pada Rasulullah s.a.w

Sepi dari tinta penulisan maya menyebabkan penulis terasa begitu menginsafi semua perkara dalam kehidupan ini..subhanallah..apabila diri penulis terkenangkan perjalanan jalan dakwah Rasulullah s.a.w diri penulis terasa hiba dan pilu, betapa diri penulis berasa masih kurangnya dakwah yang dilakukan sepanjang hayat ini masih diizinkan Allah s.w.t..ketika diuji sedikit rungutan sudah dipelbagaikan..

Pada peringakat dakwah yang dilalui Rasulullah s.a.w..pelbagai ujian yang baginda tempuhi bersama sahabat-sahabat baginda.. dari peringkat tersembunyi sehinggalah melangkaui peringatan terang-terangan secara permulaan, besar-besaran dan juga angkatan senjata dalam menyebarkan agama Allah s.w.t...Seterusnya kita lah generasi yang sepatutnya orang yang beragama islam mesti menyebarkan dakwah dimana-mana bagi meneruskan perjuangan baginda bukan???...

Dalam kerinduan dan rasa cinta kepada kekasih Allah ini..penulis teringat kisah,

Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak mau berazan lagi setelah wafat Rasulullah karena Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” kerana ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara azan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mau berazan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis teresak-esak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca azan kerana tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat azan itu, seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw..

Subhanallah, begitu hebat penangan cinta itu pada Rasulullah s.a.w, setelah 5 bulan selepas itu puterinya mengikut jejak langkah ayahnya pula..Para sahabat dalam kesedihan itu sedaya upaya dan bersunguh-sungguh selepas itu dalam meneruskan perjuangan pabila menyedari mereka perlu teruskan perjuangan dengan menepikan tangisan juga kesedihan itu..
Hati mereka sentiasa dekat pada Rasulullah s.a.w...

Ya..memang amat perit dalam hati ini..pengalaman penulis ketika berkesempatan berada dekat dengan makam baginda satu ketika dahulu adalah pengalaman yang amat berharga. Peluang itu penulis tidak sia-siakannya..terasa menusuk kalbu ketika diri masih berada dalam kejahilan juga..dihidupkan dizaman serba moden ini amat lain cabarannya..walaupun begitu tidak bermakna kita tidak boleh meneruskan perjuangannya...

Sama-samalah kita berselawat keatas Rasulullah s.a.w..
Ya Allah, janganlah jauhkan kami daripada KekasihMu..
Dekatkan lah ia dalam sepanjang kehidupan kami Ya Allah...

Ya Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan engkau..
Engkau adalah cinta Agungku..
Nabi muhammad itu adalah UtusanMu..

Pabila disini..Rasulullah s.a.w adalah manusia..ia akan tetap tinggalkan kita..
ALLAH S.W.T tetap kekal selama-lamanya..


Thursday, January 14, 2010

Rumput & Kasih Sayang


Hendak dijadikan cerita..


Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, punyai seorang pelajar bernama Fakhrul bertanya pada seorang gurunya yang sedang mengajar. Ketika itu, gurunya sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am kepada semua pelajarnya di dalam kelas.


Perbualan di antara Fakhrul dan gurunya berbunyi begini:


Fakhrul: Maaf, cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang cikgu suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Fakhrul: Baiklah...apa yang saya harus buat cikgu?


Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Fakhrul: InsyaAllah, cikgu. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila Fakhrul balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepadanya.


Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik tu Fakhrul?

Fakhrul
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Subhanallah, memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik cikgu.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kita terima pada hari ini, kerana jika kita meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan walaupun hanya seinsan biasa mahupun lemah, kasih sayang ALLAH S.W.T. itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasih-Nya, maka kamulah serugi-rugi manusia..


InsyaAllah, sentiasakanlah diri untuk tenang dalam memohon doa pada-Nya.. Mudah-mudahan dipermudahkan kemudahan urusan dunia dan akhirat kelak.. Bekunya airmata dari kerasnya hati.. Kerasnya hati dari banyaknya dosa.. Banyaknya dosa dari lupanya mati.. Dan lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia..


Ya ALLAH.. letakkanlah dunia di tanganku, janganlah ENGKAU letakkan ia dihatiku.. Carilah dunia dan kejarlah akhirat kerana di situlah punyai KETENANGAN.. InsyaAllah, KETENANGAN yang HAKIKI..

Friday, January 1, 2010

Seinsan Biasa Kerana Engkau Yang Terpilih

Aduhai hati yang tidak tenang dan selalu gundah gulana..

Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati. Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti..

Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..?

Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran dan ketenangan. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T., sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T. tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

Hanya Allah bersama-sama mereka yang sabar dalam ketenangan.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibah ia akan menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah S.W.T.

Oleh itu, syukurlah ia kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi erti SYUKUR..

Maka bersyukurlah..

Bersyukurlah..

Bersyukurlah kerana engkau INSAN terpilih..

Friday, November 6, 2009

Bahasa Yang Paling Manis?

Saat menjelang tidur...
Berharap esok masih berkawan pagi...
Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi...

Selalu begitu...
Seiring waktu dan gerak nafsu...
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi...

Bukankah tetap akan mati?
Jasadmu akan membusuk nanti...
Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi...

Pagi itu akan berlalu...
Mengiringi tandu(usungan) dan tebaran butir- butir debu...
Dari kaki-kaki para pelayat(pelawat orang mati)...

Maka hidupkanlah...
Satu senyum menjelang tidurmu...
Untuk sambut mimpi-mimpi duniawi...
Tentang pagi dan secuil(secuit) roti untuk sarapan pagi..

Kerana mungkin...
esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi...
Mati...

Dan jadikan senyum itu...
Sebagai warisan yang abadi...
Senyumlah...
Dengan senyuman...
Hidup menjadi indah dan tenang...
Juga sebagai sedekah...

Jadi...
Bahasa yang paling manis?
Senyum...
Hati?
Juga tenang mungkin...
InsyaAllah...

Saturday, October 17, 2009

Belajarlah "Aku Tidak Tahu"

Belajarlah "aku tidak tahu", kerana jika engkau belajar "aku tidak tahu", mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar "aku tahu" maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!

Boleh faham kot..

Ada yang bertanya begini, "Saya dengar orang kata hukum A begini...." atau " Kakak saya kata saya wajib buat begini kerana saya lakukan kesalahan tu" dan pelbagai soalan yang senada.

Saya terfikir. Mudah betul masyarakat kita mengeluarkan hukum syara' ya.

Dalam tazkirah di Masjid Al-Ikhlas, Selayang Baru, beberapa hari lepas, ada menyebut betapa ada di kalangan kita yang menjawab persoalan hukum dengan ayat "saya rasa" atau "i think". Respons dari jemaah masjid, saya lihat mengiyakan kenyataan itu.

Amat ramai masyarakat kita yang tidak berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, "Islam untuk semua". Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.

Ulamak terdahulu ada yang menyebutkan, "Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga." Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan "ini kan soalan ringkas je wahai Imam?"

Ulamak juga kata, perkataan "tidak tahu" itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. Sampai habis para ulamak dahulu pun dibantainya.

Apa beza kita dengan ulamak dahulu sehingga mereka mudah menyebut Wallahu'alam atau "aku tidak tahu"?"Hanya Allah yang tahu". Tentu sekali taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab itu berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Bulan Ramadhan lepas mengajar kita bertaqwa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.

Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tidak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya, jahil permasalahan itu. Keduanya jahilkan kelemahan diri itu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah adalah haq. Kasihan bukan?

Maka itu kita kena budayakan sifat "aku tidak tahu". Mana ada manusia yang tahu semua perkara. Walau belajar berpuluh tahun pun dengan syeikh-syeikh yang hebat, takkan tahu semua perkara. Inikan pula belajar setahun dua. Suka ponteng pula tu, bersebab tidak mengapa, ini tanpa sebab..

Makna kata, jom kita belajar "aku tidak tahu"! tetapi..

Perlunya "aku tidak tahu" ini bertempat.. ketika mengeluarkan hukum terutamanya.. pasti bukan boleh sebarang.. tetapi berlainan pula dengan luahan seorang hamba ini, contohnya, yakni bermasalah dalam memahami agama Islam juga meyakinkan hatinya terhadap Islam. Pada siapa yang boleh dia rujuk. Apabila berlaku masalah sebegini mungkin pada teman rapat yang utama akan ditanya dan bila ditanya rata-rata muslim di kalangannya menjawab.. "entahlah..aku ikut ja..entahlah..aku tidak tahu sangat.." kemudian, dia akan cakap.. orang Islam sendiri pun banyak yang jahil tentang Islam..apabila ditanya? tidak tahu..macam mana dia boleh amalkan ikut-ikut sahaja..

Apabila orang yang bermasalah ini bertambah keliru dengan Islam mungkin semakin nampak kelemahan orang Islam itu sendiri.. Ianya hanya pandangan sahaja, mungkin dalam hal sebegini kita boleh cakap pada dia..jom/baik kita rujuk pada yang sepatutnya/pakar berbanding "aku tidak tahu"..

Moga-moga kita menjadi insan yang tidak tahu dan sentiasa ingin tahu, walaupun sudah tahu, supaya pengetahuan itu sentiasa di istiqamahkan.. jangan kita jadi seperti buat tidak tahu tetapi tahu dan buat tahu, tetapi tidak tahu.. ikut keadaan juga..

Moga ketenangan hati bersama anda..

ISLAM itu murunah dalam sesuatu keadaan/perkara juga..

Tuesday, September 8, 2009

Kepompong Ramadhan

Nampaknya sudah hampir sebulan Ramadhan berlalu tanpa kita sedari. Masih ingatkah anda akan ikrar anda sewaktu sebelum kedatangan Ramadhan? Anda sering berdoa kepada Allah sepertimana yang didoakan oleh Nabi dan para sahabat, "Allahumma Ballighna Ramadhan" dan anda berkata di dalam hati kecil anda sesuatu yang ingin anda capai pada bulan Ramadhan ini...

Sesetengah ada yang berjanji untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran mungkin. Ada yang bercita-cita Ramadhan ini, aku ingin pergi ke tempat yang lebih miskin untuk berbakti, tidak kurang yang berjanji untuk solat Subuh secara berjamaah. Semuanya agar apabila Ramadhan berlalu, ada suatu hadiah dan kenangan manis kepada bulan-bulan seterusnya kerana mengimpikan satu permulaan yang baik untuk Ramadhan kali ini..

Mungkin..

Video kepompong Ramadhan ini menyajikan bagaimana proses yang dilalui oleh seekor beluncas untuk tumbesarannya hingga menjadi rama-rama yang sangat cantik. Ia berada dalam kepompong seketika, untuk membesar dengan penuh persediaan, harapan dan kemahuan sebelum keluar sebagai seekor makhluk yang lain menawan, bersemangat, indah dan mampu terbang bebas..

Dan mungkin juga..

Ramadhan adalah kepompong kita sahabat-sahabiah, dan apabila kita keluar dari kepompong didikan ini mudahan kita menjadi lebih baik.. InsyaAllah.. ketenangan hati bersama Islam..
Layari...sesuatu yang menarik di sini...

http://dakwah.info/images/stories/videos/kprmdan.swf