Ketenangan Hati Bersama Islam

Wednesday, February 24, 2010

Kerinduan Pada Rasulullah s.a.w

Sepi dari tinta penulisan maya menyebabkan penulis terasa begitu menginsafi semua perkara dalam kehidupan ini..subhanallah..apabila diri penulis terkenangkan perjalanan jalan dakwah Rasulullah s.a.w diri penulis terasa hiba dan pilu, betapa diri penulis berasa masih kurangnya dakwah yang dilakukan sepanjang hayat ini masih diizinkan Allah s.w.t..ketika diuji sedikit rungutan sudah dipelbagaikan..

Pada peringakat dakwah yang dilalui Rasulullah s.a.w..pelbagai ujian yang baginda tempuhi bersama sahabat-sahabat baginda.. dari peringkat tersembunyi sehinggalah melangkaui peringatan terang-terangan secara permulaan, besar-besaran dan juga angkatan senjata dalam menyebarkan agama Allah s.w.t...Seterusnya kita lah generasi yang sepatutnya orang yang beragama islam mesti menyebarkan dakwah dimana-mana bagi meneruskan perjuangan baginda bukan???...

Dalam kerinduan dan rasa cinta kepada kekasih Allah ini..penulis teringat kisah,

Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak mau berazan lagi setelah wafat Rasulullah karena Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” kerana ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara azan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mau berazan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis teresak-esak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca azan kerana tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat azan itu, seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw..

Subhanallah, begitu hebat penangan cinta itu pada Rasulullah s.a.w, setelah 5 bulan selepas itu puterinya mengikut jejak langkah ayahnya pula..Para sahabat dalam kesedihan itu sedaya upaya dan bersunguh-sungguh selepas itu dalam meneruskan perjuangan pabila menyedari mereka perlu teruskan perjuangan dengan menepikan tangisan juga kesedihan itu..
Hati mereka sentiasa dekat pada Rasulullah s.a.w...

Ya..memang amat perit dalam hati ini..pengalaman penulis ketika berkesempatan berada dekat dengan makam baginda satu ketika dahulu adalah pengalaman yang amat berharga. Peluang itu penulis tidak sia-siakannya..terasa menusuk kalbu ketika diri masih berada dalam kejahilan juga..dihidupkan dizaman serba moden ini amat lain cabarannya..walaupun begitu tidak bermakna kita tidak boleh meneruskan perjuangannya...

Sama-samalah kita berselawat keatas Rasulullah s.a.w..
Ya Allah, janganlah jauhkan kami daripada KekasihMu..
Dekatkan lah ia dalam sepanjang kehidupan kami Ya Allah...

Ya Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan engkau..
Engkau adalah cinta Agungku..
Nabi muhammad itu adalah UtusanMu..

Pabila disini..Rasulullah s.a.w adalah manusia..ia akan tetap tinggalkan kita..
ALLAH S.W.T tetap kekal selama-lamanya..


No comments: