Boleh faham kot..
Ada yang bertanya begini, "Saya dengar orang kata hukum A begini...." atau " Kakak saya kata saya wajib buat begini kerana saya lakukan kesalahan tu" dan pelbagai soalan yang senada.
Saya terfikir. Mudah betul masyarakat kita mengeluarkan hukum syara' ya.
Dalam tazkirah di Masjid Al-Ikhlas, Selayang Baru, beberapa hari lepas, ada menyebut betapa ada di kalangan kita yang menjawab persoalan hukum dengan ayat "saya rasa" atau "i think". Respons dari jemaah masjid, saya lihat mengiyakan kenyataan itu.
Amat ramai masyarakat kita yang tidak berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, "Islam untuk semua". Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.
Ulamak terdahulu ada yang menyebutkan, "Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga." Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan "ini kan soalan ringkas je wahai Imam?"
Ulamak juga kata, perkataan "tidak tahu" itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. Sampai habis para ulamak dahulu pun dibantainya.
Apa beza kita dengan ulamak dahulu sehingga mereka mudah menyebut Wallahu'alam atau "aku tidak tahu"?"Hanya Allah yang tahu". Tentu sekali taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab itu berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Bulan Ramadhan lepas mengajar kita bertaqwa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.
Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tidak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya, jahil permasalahan itu. Keduanya jahilkan kelemahan diri itu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah adalah haq. Kasihan bukan?
Maka itu kita kena budayakan sifat "aku tidak tahu". Mana ada manusia yang tahu semua perkara. Walau belajar berpuluh tahun pun dengan syeikh-syeikh yang hebat, takkan tahu semua perkara. Inikan pula belajar setahun dua. Suka ponteng pula tu, bersebab tidak mengapa, ini tanpa sebab..
Makna kata, jom kita belajar "aku tidak tahu"! tetapi..
Perlunya "aku tidak tahu" ini bertempat.. ketika mengeluarkan hukum terutamanya.. pasti bukan boleh sebarang.. tetapi berlainan pula dengan luahan seorang hamba ini, contohnya, yakni bermasalah dalam memahami agama Islam juga meyakinkan hatinya terhadap Islam. Pada siapa yang boleh dia rujuk. Apabila berlaku masalah sebegini mungkin pada teman rapat yang utama akan ditanya dan bila ditanya rata-rata muslim di kalangannya menjawab.. "entahlah..aku ikut ja..entahlah..aku tidak tahu sangat.." kemudian, dia akan cakap.. orang Islam sendiri pun banyak yang jahil tentang Islam..apabila ditanya? tidak tahu..macam mana dia boleh amalkan ikut-ikut sahaja..
Apabila orang yang bermasalah ini bertambah keliru dengan Islam mungkin semakin nampak kelemahan orang Islam itu sendiri.. Ianya hanya pandangan sahaja, mungkin dalam hal sebegini kita boleh cakap pada dia..jom/baik kita rujuk pada yang sepatutnya/pakar berbanding "aku tidak tahu"..
Moga-moga kita menjadi insan yang tidak tahu dan sentiasa ingin tahu, walaupun sudah tahu, supaya pengetahuan itu sentiasa di istiqamahkan.. jangan kita jadi seperti buat tidak tahu tetapi tahu dan buat tahu, tetapi tidak tahu.. ikut keadaan juga..
Moga ketenangan hati bersama anda..
ISLAM itu murunah dalam sesuatu keadaan/perkara juga..
No comments:
Post a Comment