Ketenangan Hati Bersama Islam

Friday, November 26, 2010

Pergi


Sayu terpisah..
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah..
Berhembus angin rindu..
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu..

Hujan lebat mencurah kini..
Bagaikan tiada henti..
Kaulah laguku kau irama terindah..
Tak lagi kudengari..
Kau pergi.. pergi....

Sepi tanpa kata..
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa..
Apa pun kata mereka..
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia..




Monday, November 15, 2010

Setenang Zulhijjah: Puasa Arofah

Salam setenang Zulhijjah buat semua sahabat sahabiah.. hari ini adalah hari Arofah pada jemaah-jemaah haji pada tahun ini.. Kelebihannya, sangat berkeutamaan pada kita semua..

InsyaAllah..

Di antara keutamaan hari Arofah (9 Zulhijjah) disebutkan dalam hadits berikut,

Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah di hari Arofah (iaitu untuk orang yang berada di Arofah). Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?”

Keutamaan yang lainnya, hari arofah adalah waktu mustajabnya doa. Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi S.A.W. bersabda,

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arofah.

Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau terkabulkan. Jadi hendaklah kita semua memanfaatkan waktu ini untuk banyak berdoa pada Allah S.W.T. Doa ketika ini adalah doa yang mustajab kerana dilakukan pada waktu yang utama..

Bagi orang yang tidak berhaji dianjurkan untuk menunaikan puasa Arofah iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadits Abu Qotadah, Nabi S.A.W. bersabda,

Puasa Arofah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Hadits ini menunjukkan bahawa puasa Arofah lebih utama daripada puasa ‘Asyuro. Di antara alasannya, Puasa Asyuro berasal dari Nabi Musa a.s., sedangkan puasa Arofah berasal dari Nabi kita Muhammad S.A.W. Keutamaan puasa Arofah juga akan menghapuskan dosa selama dua tahun dan dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Atau juga yang dimaksudkan di sini adalah diringankannya dosa besar atau ditinggikannya darjat hamba-Nya..

Sedangkan untuk orang yang berhaji tidak dianjurkan melaksanakan puasa Arofah. Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata,

“Nabi S.A.W. tidak berpuasa ketika di Arofah. Ketika itu beliau diberikan minuman susu, beliau pun meminumnya.”

Selain itu juga, diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bahwa beliau ditanya mengenai puasa hari Arofah di Arofah. Beliau mengatakan,

“Aku pernah berhaji bersama Nabi S.A.W. dan beliau tidak menunaikan puasa pada hari Arofah. Aku pun pernah berhaji bersama Abu Bakar, beliau pun tidak berpuasa ketika itu. Begitu pula dengan ‘Uthman, beliau tidak berpuasa ketika itu. Aku pun tidak mengerjakan puasa Arofah ketika itu. Aku pun tidak memerintahkan orang lain untuk melakukannya. Aku pun tidak melarang jika ada yang melakukannya.”

Dari sini, yang lebih utama bagi orang yang sedang berhaji adalah tidak berpuasa ketika hari Arofah di Arofah dalam rangka meneladani Nabi S.A.W. dan para Khulafa’ ar-Rashidin (Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman), juga agar lebih menguatkan diri dalam berdoa dan berzikir ketika wukuf di Arofah. Inilah pendapat kebanyakan ulama..

Waallahu'alam.. Semoga kita dikalangan orang yang diberi-Nya rahmat dan redha terhadap segala amalan kita di muka bumi ini..

Akhir bicara.. Salam 'Aidiladha pada semua.. Selamat Hari Raya Korban juga.. jemput datang rumah...

Agar silaturrahim berkekalan kelak..

InsyaAllah..

Wednesday, November 10, 2010

Bukalah Mata-Matamu


Bukalah Matamu – Maher Zain


Lihatlah di sekelilingmu

Tidakkah kamu melihat segala keajaiban ini?

Bertebaran di hadapanmu

Awan yang terapung

Langit cerah membiru

Planet-planet di orbit

Bulan dan matahari

Keharmonian yang sempurna..


Ayuh tanyakan diri kita sendiri

Tidakkah bukti-bukti ini cukup?

Atau kita terlalu buta

Hingga menolak semuanya ke tepi

Tidak..


Kita hanya perlu

Buka mata, hati dan minda

Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu

Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran

Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan

Membawa kita ke jalan yang terbaik

Allah..

Pandu kami setiap hari

Allah..

Kekalkan kami dekat denganMu

Sehingga detik-detik terakhir..


Lihatlah ke dalam dirimu sendiri

Tersusun dengan sempurna

Tersembunyi di dalam tubuhmu

Yang mengalir dalam salur darahmu

Bagaimana pula dengan rasa marah, cinta dan sakit?

Dan segalanya yang kamu rasakan

Bolehkah kamu menyentuhnya?

Adakah ia benar-benar wujud?


Ayuh, tanyakan persoalan ini ke dalam diri

Tidakkah bukti-bukti ini cukup?

Atau kita terlalu buta

Hingga menolak semuanya ke tepi

Tidak..


Kita hanya perlu

Buka mata, hati dan minda

Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu

Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran

Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan

Membawa kita ke jalan yang terbaik..

Allah..

Pandu kami setiap hari

Allah..

Kekalkan kami dekat denganMu

Sehingga detik-detik terakhir..


Apabila seorang bayi dilahirkan

Tiada kudrat, tiada upaya

Dan kamu melihatnya membesar

Jadi, mengapa dinafikan

Apa yang berlaku di hadapan matamu?

Keajaiban terbesar dalam kehidupan..


Kita hanya perlu

Buka mata, hati dan minda

Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu

Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran

Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan

Membawa kita ke jalan yang terbaik

Allah..

Pandu kami setiap hari

Allah..

Kekalkan kami dekat denganMu

Sehingga detik-detik terakhir


Allah..

Kau ciptakan segalanya

Kami adalah milikMu

Ya Tuhan, kami menadah tangan berdoa

Bersyukur kepadaMu selamanya

Alhamdulillah..

klik sini untuk lirik english










Friday, November 5, 2010

Mencari Kedamaian Hati Di Kala Senja

Wahai Hati.. Tenanglah...


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit..... diturunkan ke lubuk hati orang beriman..... mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan.."
- Syed Qutb -


Untuk download.. klik sini ya..

Ya Allah....
Kami berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak pernah khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah merasa puas dan dari doa yang tidak Engkau dengar....

Ya Allah....
Tiada Tuhan selain Engkau dan kami tidak menyembah selain Engkau, ikhlas kerana agama, sekalipun orang kafir tidak menyenanginya....

Ya Allah....
Ampunkan dosa-dosa kami....
Sesungguhnya, Engkau Maha Pengampun dan Lagi Maha Penyayang..
..

Hanya seinsan biasa dan hamba-Mu yang punyai banyak dosa....




Saturday, October 23, 2010

Motivasi Kendiri


Salam sejahtera buat semua..
Telah memasuki pertengahan Zulkaedah 1431 Hijrah juga..
Hampir memasuki bulan Zulhijjah..
Bulan yang di nantikan oleh para jemaah haji mahupun umrah sedunia..

Penulis hari ini.. alhamdulillah.. setenang sesenyum semungkin.. alhamdulillah.. cuma kali ini, ingin berkongsi motivasi kendiri mengenai tajuk di atas...

Lelaki menangis..
Kenapa lelaki menangis?..
Apa maknanya?..

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya...

Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah S.W.T.


Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih tetapi sekarang ini, amat susah mencari lelaki jenis ini... Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling kita adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur...

Subhanallah..

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia...

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat.. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikirannya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma...

Kenapa lelaki menangis?

Mungkin kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama...
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya...
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa...
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia...
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka...
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya...
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya...

Waallahu'alam.. semoga ia menjadi motivasi diri pada kaum Adam a.s. di luar sana..

Salam muhasabah diri semua..




Tuesday, October 5, 2010

Ya Allah.. Kerdilnya Diri Ini Pada-Mu

Kerdilnya kita sahabat semua..

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah S.W.T. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang. Apabila terujinya diri, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak..

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku..

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah S.W.T. sedang menduga..

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hamba-Nya..

Ya Allah..

Ingatilah ku.. kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini. Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan rasa lemah dan putus asa. Kadangkala.. seringkali juga mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk diri, dan seringkali jua diri ini persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?..

Subhanallah...

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telah pun terjawab dalam Kalam Allah S.W.T. Sesungguhny.. Allah S.W.T. Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hamba-Nya. Jadinya Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya..

Inilah jawapan Allah S.W.T. tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita..

Ya Allah.. Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah S.W.T. mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah S.W.T. tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.. Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.. Mengapa Ya Allah?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Ali Imran : 139)

".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah S.W.T. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah S.W.T. melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Ya Allah.. Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah S.W.T.) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah. Apa yang akan ku dapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah S.W.T. telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Ya Allah.. Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah! Allah S.W.T. bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Ya Allah.. Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Ya Allah.. ampunilah hambamu ini Ya Allah..

Untuk diri dan sahabat sahabiah seperjuangan..

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah S.W.T. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bertenang dan bersabarlah duhai hati..

Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya kelak selamanya..