Ketenangan Hati Bersama Islam

Monday, November 15, 2010

Setenang Zulhijjah: Puasa Arofah

Salam setenang Zulhijjah buat semua sahabat sahabiah.. hari ini adalah hari Arofah pada jemaah-jemaah haji pada tahun ini.. Kelebihannya, sangat berkeutamaan pada kita semua..

InsyaAllah..

Di antara keutamaan hari Arofah (9 Zulhijjah) disebutkan dalam hadits berikut,

Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah di hari Arofah (iaitu untuk orang yang berada di Arofah). Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?”

Keutamaan yang lainnya, hari arofah adalah waktu mustajabnya doa. Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi S.A.W. bersabda,

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arofah.

Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau terkabulkan. Jadi hendaklah kita semua memanfaatkan waktu ini untuk banyak berdoa pada Allah S.W.T. Doa ketika ini adalah doa yang mustajab kerana dilakukan pada waktu yang utama..

Bagi orang yang tidak berhaji dianjurkan untuk menunaikan puasa Arofah iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadits Abu Qotadah, Nabi S.A.W. bersabda,

Puasa Arofah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Hadits ini menunjukkan bahawa puasa Arofah lebih utama daripada puasa ‘Asyuro. Di antara alasannya, Puasa Asyuro berasal dari Nabi Musa a.s., sedangkan puasa Arofah berasal dari Nabi kita Muhammad S.A.W. Keutamaan puasa Arofah juga akan menghapuskan dosa selama dua tahun dan dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Atau juga yang dimaksudkan di sini adalah diringankannya dosa besar atau ditinggikannya darjat hamba-Nya..

Sedangkan untuk orang yang berhaji tidak dianjurkan melaksanakan puasa Arofah. Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata,

“Nabi S.A.W. tidak berpuasa ketika di Arofah. Ketika itu beliau diberikan minuman susu, beliau pun meminumnya.”

Selain itu juga, diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bahwa beliau ditanya mengenai puasa hari Arofah di Arofah. Beliau mengatakan,

“Aku pernah berhaji bersama Nabi S.A.W. dan beliau tidak menunaikan puasa pada hari Arofah. Aku pun pernah berhaji bersama Abu Bakar, beliau pun tidak berpuasa ketika itu. Begitu pula dengan ‘Uthman, beliau tidak berpuasa ketika itu. Aku pun tidak mengerjakan puasa Arofah ketika itu. Aku pun tidak memerintahkan orang lain untuk melakukannya. Aku pun tidak melarang jika ada yang melakukannya.”

Dari sini, yang lebih utama bagi orang yang sedang berhaji adalah tidak berpuasa ketika hari Arofah di Arofah dalam rangka meneladani Nabi S.A.W. dan para Khulafa’ ar-Rashidin (Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman), juga agar lebih menguatkan diri dalam berdoa dan berzikir ketika wukuf di Arofah. Inilah pendapat kebanyakan ulama..

Waallahu'alam.. Semoga kita dikalangan orang yang diberi-Nya rahmat dan redha terhadap segala amalan kita di muka bumi ini..

Akhir bicara.. Salam 'Aidiladha pada semua.. Selamat Hari Raya Korban juga.. jemput datang rumah...

Agar silaturrahim berkekalan kelak..

InsyaAllah..

No comments: