Ketenangan Hati Bersama Islam

Saturday, February 5, 2011

Cara Untuk Bertenang-Tenang Selalu

1. Mulakan dengan niat.

Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa kita mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, kita mahu bertenang mungkin sebab mahu mengelak dari stress, mungkin juga sebab mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply. Kita mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang lakukan..

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.

Elak dari mengerut kening ketika ita sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biasakan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat kita tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelam-kabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawa diri bertenang..

3. Kawal emosi.

Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, kita menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, kita masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Kita masih menampakkan marah diwajah. Ketika bersabar, cuba memujuk diri supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang kita sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar..

4. Pernafasan.

Pernafasan terarah membuat kita merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal.. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Kita boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang..

5. Sembahyang.

Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana kita perlu khusyuk. Kita tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang. Jangan tinggal solat 5 waktu sehari!..

6. Elak berpeluk tubuh.

Ketika sedang berpeluk tubuh, kita sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu, ketika menonton tv, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah kita berpeluk tubuh tak akan membuat diri merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat kita merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional. Tak percaya, cubalah..

7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.

Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang macam ini biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila kita dekat dengan orang yang tenang, kita juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya..InsyaAllah..

8. LET GO.

Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat kita tertekan. Lupakan! Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Kita akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang mahu fikir. Kita akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, kita akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, kita akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat diri tertekan..

Ketenangan membuat minda kita bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga..insyaAllah pada yang telah berumah tangga ye..

Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat diri kita disenangi orang..

Dalam perhubungan antara diri kita dengan Allah S.W.T., pasti dirahmati oleh-NYA kelak..

InsyaAllah..

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu;

~Allah S.W.T~

No comments: