Ketenangan Hati Bersama Islam

Monday, September 6, 2010

Syawal Pertama Tanpa Dia


“Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..”

Jemaah di masjid sudah mula bertakbir sejak malam terakhir Ramadhan lagi..

“Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..”

Dua puluh lima minit lagi, solat sunat Aidilfitri akan didirikan. Penulis melihat orang ramai berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan kewajipan sebagai menyatakan kemenangan fitrah dalam meranjaui keberkatan bulan Ramadhan yang lepas..

............................................................................................................................................................

Alhamdulillah..

Selesai sudah solat sunat Aidilfitri. Ramai sungguh orang memakai pakaian berwarna –warni di samping kecomelan kanak-kanak riang dalam ketawa mengikut ibu bapa dan kawan-kawan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.. Maaf Zahir & Batin..

Sejenak seketika, terkenang pula pesanan kiriman arwah kepada penulis. Jari-jemari mengapai handphone dan menatap kembali sajak kiriman arwah kepada penulis pada Aidilfitri yang lepas..

Perasaan ke arah kesedihan itu datang lagi……

Subhanallah… maafkan ku Ya Allah.. mengenangkan orang yang telah tiada di dunia ini..

Hanya al-Fatihah ku sedekahkan padamu..

........................................................................................................................................................................

Merantau musafir perjuangan..
Tabahkanlah hatimu..
Berjuang di rantau orang..
Sedih pilu hanya Allah S.W.T. yang tahu..
Ingatan ayah dan ibu..
Janganlah menghiris hatimu..

Kerinduan desa nan permai..
Janganlah melemahkan semangat juangmu..
Di waktu ujian badai terus melanda..
Kau tetap gigih berjuang..
Membenarkan sabda Junjungan S.A.W.

Tetapi..

Pejuang kembara perjuangan..
Ujian bukan batu penghalang..
Kerana itulah syarat dalam berjuang..

Wahai pejuang..

Di mana pun ada ketenangan..
Di mana pun ada kebahagian..
Bila insan kenal pada Allah S.W.T.
Kaseh sayang serta pembelaan-Nya..

Dan..

Bila insan menyerahkan..
Jiwa dan raga kepada..
Maha Pencipta..

*(nukilan Almarhumah Anis Amirah)


Penulis bersama keluarga arwah pada Ramadhan lepas..
Ya Allah..

Airmata keluar lagi..

Mengapa perlu begini?

Aidilfitri hari kemenangan..

Bukan hari kesedihan untuk bersedih..


Kadang-kadang hati ini terkenang..

Pada orang yang berbuat baik pada kita..


Sepatah katamu sejuk ibarat air mengalir..

Diksi yang bermakna untuk diingat..

Satu azimat..

Lembut dalam makna..

Murah dalam senyuman..

Semarak kaseh..

Seputih hati nan ikhlas..

Darimu memberi kekuatan padaku..


Semoga daku tenang dalam redha dan rahmat-Mu..

Istiqamahkan daku dalam menyambung perjuangannya ini..


Ya Allah..

Maafkan hambamu ini..

Insan biasa yang diuji-Mu juga mungkin..

Semoga Allah S.W.T. mengurniakan kekuatan ketenangan dan kesabaran kepada jiwa mereka yang menempuh Aidilfitri pertama tanpa dia..
Semoga diberikan ketabahan dalam menempuhi kehidupan kelak..

Salam Aidilfitri juga pada Pak Cik Ahmad Lutfi dan Mak Cik Nor Asiah..
Tidak lupa juga.. buat yang tersayang.. Adik Amirul Hakim, Adik Ummi Nazirah, Adik Loqman dan Adik Arief..
Juga saudara-mara terdekat, Kak Ija dan Kak Siti sekeluarga semua..
Maaf Zahir & Batin..

“Ya Allah, ampunilah sahabat seperjuangan kami, rahmatilah dia dan maafkanlah dia. Tempatkannya di kalangan para syuhada’-Mu, di dunia rahmat-Mu dan akhirat redha-Mu. Sesungguhnya, kami juga akan menyusurinya suatu hari nanti kelak. Amin.”

Salam Aidilfitri 1431H.. Sirru’ala Barokatillah..
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..

Walillahilham..

Takbir!










2 comments:

Anonymous said...

Salam Aidilfitri buat admin blog kaseh-ayunis..Buat Saudara Ahmad Fazri,terima kasih kerana sudi menziarahi ahli keluarga arwah anis.Hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan yang telah diberikan.Mungkin Syawal kali ini kurang bermakna tanpa kehadiran arwah,namun dengan kesudian sahabat2arwah menziarahi keluarga sedkit sebanyak mengubat lara di hati kami.Semoga Allah sentiasa merahmati ukhwah yang baru di bina ini.~~kak ija~~

Kaseh Ayunis said...

Salam 'Aidilfitri juga buat akak Ija sekeluarga..InsyaAllah..semoga berkekalan ukhuwah yang baru dibina ini..Amin..