Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman.Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba dan telah pun masuk separuh masa kedua untuk merebut “piala taqwa” . Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini juga, para sahabat dan As-Salafus Solih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan...
Antaranya:
1. Berpuasa tetapi tidak solat (lagi-lagi solat lima waktu):
• Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat.
• Anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat.
• Ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
2. Tidak menjaga batas-batas agama (jika tidak menjaga, buat apa sebenarnya kita beragama?):
• Aurat: Lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video & CD kecuali berfaedah untuk Islam tidak mengapa-OASIS mungkin dan lain-lain).
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda (tidak mampu buat? Jangan tinggal semua..).
5. Semakin cepat marah (kawal emosi dahulu, tenangkan diri, senyum selalu mungkin..):
• Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa (ikut kemampuan):
• Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan Zakat Fitrah (buat apa gunanya Rukun Islam?).
8. Membiarkan/Menggalakkan anak-anak bermain mercun (itulah akibatnya bila mana Hari Raya Puasa bedekatan dengan sambutan Gong Xi Fa Cai, kita masih terikut-ikut budaya mereka):
• Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di Masjid/Surau yang berdekatan.
• Sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja:
• Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya.
• Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum."(Hadis riwayat Al-Bukhari).
10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan
kedudukan puasa Ramadhan:
• Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak.
• Firman Allah, "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43). Dan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, Tarawih ala kadar (apa barang?, setahun hanya sekali sahaja):
• Solat secara ekspress (apa barang? kalahkan bas dan kereta api sahaja).
• Melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya: "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih).(maaf, tidak pasti siapa perawinya, tetapi yang baik, kita buat!)
• Silap bacaan selawat.
• Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja.
• Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur:
• "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
• Abu Hurairah r.a. berkata, "Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi.)
Wallahu’alam Bissawab, yang mana baik kita ikut, tingkatkan dan istiqamah, yang mana tidak baik kita jangan ikut, kurangkan dan istiqamah untuk terus tinggalkan walaupun berperingkat sebab hendak ditinggal terus perlukan kekuatan jasmani dan rohani yang kuat.. biasalah itu, hamba Allah.. hanya seinsan biasa.. yang penting ada niat untuk berubah sudah dikira memadai dan cukup bagus tetapi beramal juga di samping berniat! Hati tenang bersama ISLAM!
No comments:
Post a Comment