Ketenangan Hati Bersama Islam

Sunday, August 16, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarrak

Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali Nabi-Nabi dan keluarga mereka,
juga pada orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'aban dan Ramadhan.

Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus..

Salam Ramadhan Al-Mubarrak..




Monday, July 27, 2009

syukran

Syukran. Terima Kasih. Xiexie.Gracious...
Khas buat Mu Ya Allah....
Pengalaman yang ku lalui...
Mengingati ku tentang Kematian..

Mana mungkin tanpaMu Ya Allah...
Ku kan berada di laluan ini...
Tidak pernah terfikir walau...

sesaat..
seminit..
seketika..
sejam..

Haru ku liku rona-rona yang kadangkala menyentuh kalbu..
Sejenak meronta segala jiwa yang kosong..
Kini makin terisi...

Baru bermula..
Itu memungkinkan..

Saturday, July 18, 2009

Sejenak Kopitiam

Agak lama juga tidak menaip apa-apa dalam blog ini. Sesekali menatap hasil nukilan sendiri rasa hendak tersenyum seketika. Walaupun memang sudah tersenyum, sesekali mata ini melirik kepada folder cerpen simpanan...

Bukan menyepi, dalam proses beberapa bulan ini banyak perkara yang menyebabkan folder cerpen jadi senyap..Terasa dunia penulisan dahulu patut menerima anjakkan perubahan...

"Eh..ank wat cerpen ini jiwa remaja gitu?.. komen teman serumah.
"Awat weh, jiwang ka?..pusing melihat dia.
"Tak eh, nak tergelak tengok ank?..lirik ayu mata nya.

ku tersenyum..masih senyum..
pelbagai cara dan kaedah sebenarnya untuk mengubah penulisan kendiri.
ia bergantung pada bahan bacaan, rujukkan dan analisa kita kepada semua sumber yang ada.
kalau syok sendiri memang tak dapat hasilkan yang terbaik.

Bagai mencari ilham sejenak di gerai kopi serba moden yang kini di segarkan kepada nama barunya Kopitiam, mungkin menjanjikan yang terbaik...

"kalau macam tu bila lagi nak siap?"..miera mengusikku..
sejenak di kopitiam jom.

Suatu Kehidupan II

"naziera, mari ikut mama..papa panggil tu.." sayup ayu memangil nya.
"jap ya mama iera ambik siput ni..kat sana tak ada siput macam ini tau" petah iera berbicara.

Ayu menggelengkan kepalanya, sememangnya sejak 5 bulan yang lepas, iera asyik ke pantai untuk menganyah siput dua alam itu. Memang dia mengemari makanan laut itu. Fakhrul memandang dua beranak itu dari jauh. Terdetik hatinya untuk memangil nama insan yang disayangi sepenuh jiwa. Harapan itu disimpan pabila melihat kedamaian mereka mengomel sesama sendiri.

Argh..bagaimana aku boleh begini..tangannya menghentak kancing roda dengan kuat.

"Ayu, terima kasih kerana menjaga abang dalam keadaan begini.."Fakhrul berbisik hati.

Dia mengakui, semasa kejadian kemalangan jalan raya tempoh hari, hanya kematian tersimpul difikirannya. Memikirkan juga janjinya pada ayu dahulu dan pengikat kasihnya Nazierah. Bagaimana mereka jika ku tiada kelak.Fakhrul mendengus seketika.

Resah beliau pabila doktor mengesahkan yang beliau mungkin akan mengambil masa untuk pulih berjalan seperti sediakala paling cepat 6 bulan atau mungkin setahun dan seterusnya. Ujian yang ditanggung amat perit rasa hati. beliau hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t. Tipulah jiwa ini tidak meruntun pilu. Jasad separuh kaku tidak dapat bergerak. Terasa keegoannya terserlah pabila ayu yang mengambil alih kerjanya. Ayu.....

Ayu menghampiri suaminya..senja mula menghilang di telan laut Bedena.

"abang, mari kita solat dulu di masjid terdekat ya, lepas itu kita balik. Mak dan abah tunggu dekat rumah. Sian lama menunggu pula nanti" Kata ayu.

Fakhrul mengiyakan sahaja cadangan ayu, perasaannya berbunga kembali. Walau dalam keadaan begini pun mereka tetap tidak meninggalkan solat jemaah. Memang dia menekankan bab ini sebagai salah satu didikan agama dirumah mahupun dimana-mana. Nazierah buah hati kesayangannya tidak pernah solat sendiri. Tanpa Ayu juga nur kasih nya itu tidak akan berterusan begitu.
.......................................................................................................................................................................
tabir esok..

Hospital Besar Bedena.

"Puan, suami puan boleh sembuh jika dia mempunyai semangat yang kuat, puan berilah kata-kata hikmah, himpunan tazkirah, motivasi dan sebagainya. InsyaAllah, semoga Allah memberi rahmat kepada puan dan suami" kata doktor Hisham kepada ayu.

Ayu menitiskan air mata tatkala berita itu diterimanya. tidak sabar rasanya hendak menyampaikan berita ini kepada insan tercinta....akan tetapi......ayu lupa sesuatu yang lama diburunya..urmmmm.....

To be continue_

Thursday, April 2, 2009

Kesempatan Bersama, Mengajak Semua.

"Aisya pergi tak "dinner" malam nanti?". Semangat Hasmah melaungkan nama indah itu ditengah-tengah kesibukkan "loading Bay" di kampus.

"hee.. pergi kot, tapi sebenarnya Aisya ada hal, Hasmah pergi dengan sape ye?".
Resah Aisya berkata.

"Hasmah ingat nak jemput Aisya malam ni, ada masalah apa-apa ke?, kita pergi makan malam sama-sama k, Semester last ni..Ok?"Rayu Hasmah.

"Emm..tak ada masalah apa-apa pun, boleh sahaja dengan semua "classmate" kan?"

"Mestilah "kita" kan "friendship for ever" heee.." nyaring suara Hasmah.

"okay, apa kata kita siap sebelum maghrib, solat, dan dengar kuliah magrib dulu, "best" tau tajuk malam ini "Cinta Remaja" syok tau..selepas isyak kita "fun" sama-sama nak.."Cadangan Aisya.

"hehe..Okay bagus juga bila lagikan.. nanti Hasmah minta tolong Nasrul beritahu yang lain" Luah Hasmah.

Aisya tersenyum. buat seketika dia berasa bersyukur mempunyai teman-teman sekuliah yang dapat bertolak ansur. Tipu lah jika tidak pernah bertegang mulut hee..

Hampir 3 bulan, Aisya dan teman seperjuangan menghabiskan masa bersama-sama. Semester akhir ini memberi peluang kepada Aisya dan teman-teman membuat aktiviti kuliah bersama..
Dari trek Taman Negara, Makan Malam Bersama, Bersolat jemaah ramai-ramai bersama di Masjid, aktiviti Arena yang lain, pengalaman berniaga...ini adalah kenangan manis Aisya.

Kenangan manis ini, walaupun biasa bagi sesetengah orang lain, tapi bagi Aisya, waktu ini Yang Maha Esa memberi kesempatan untuk mengenali Mad`u nya. Kelapangan bersama-sama teman- teman adakalanya sedikit sebanyak memberi peluang kepada Aisya untuk melontarkan idea dan uga mendapat respon yang pelbagai daripada teman-teman, lagi baik dari sudut "mengajak"ke arah kebaikkan.

"Amar Makruf Nahi Mungkar"

Acapkali sebenarnya kita mendengarnya bukan, tapi cara pelaksanaanya mungkin berbeza. Kadangkala ia akan mengikut kreativiti dan situasi keadaan Mad'u itu sendiri, atau dengan cara yang lain.....

Contoh dalam satu kronologi cerita dibawah :

"Yana tahu tak daripada kita ajak budak "classmate" kita, lebih baik kita ajak dan perbaiki rakan-rakan yang dah jadi baik, dan kita ajak lagi mereka ke arah berbuat banyak lagi kebaikan, tak lah nanti orang kata yang dikejar tidak dapat, yang dikendong tercicir pula." Cadangan Nisa' kepada teman sekuliahnya.

"emmm, betul juga kadangkala rasa bengang dah tengok maksiat berleluasa, makin hari makin teruk, tak larat rasanya." Nyata Yana kepada Nisa'.

atau

"Rahimah, tadi Ina ajak Aliya, Niza, Ain pergi solat hajat esok malam, Ina seronok sangat ajak mereka bertiga tadi. Ina ajak semua "classmate" tapi tiada respon sangat. Tapi, tak apa lah mungkin hari ini tiga orang mana tahu esok lusa, tulat dan sebagainya, kan?" Ina galak bercerita.

"Wah, tak apa lah sekurang-kurangnya kita berusaha mengajak mereka, bila lagi kan? lagipun ini salah satu cara kita fardhiyah tau.. biarlah kita meraikan segala kejayaan kecil, daripada mengejar kejayaan besar semata-mata, tetapi biarlah ia sebagai 'jalan' bagi kita untuk terus berusaha mencapai kejayaan besar itu." Semangat Rahimah menyokongnya.

Dua perbandingan ini sebenarnya adalah daripada pengalaman kendiri..situasi pertama adalah pada masa fikiran keliru dan hampir berputus asa. Rasa membara untuk mengajak mad`u untuk berbuat kebaikan terus..tetapi hatta disebabkan tidak berapa elok penggunaan gaya bahasa dan tak kena lenggok gaya, jadi hasilnya tidak seberapa.

Tatkala sudah terkena dinasihati dan di dorongi, juga belajar daripada kesilapan lalu, cara ajak itu lebih sempurna daripada sebelumnya. Oh ya, masih tidak hebat mana, tetapi 'dia' sekurang-kurangnya berusaha mencuba untuk mendapatkan hasil daripada penangan percubaan pertama.

to be continue..

Wednesday, January 28, 2009

Pilihan Hati

Kiranya tiada CINTA INSAN untuk MU, cukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidup MU, kelak
akan ada CINTA INSAN yg menyintai ALLAH sebagaimana CINTA MU kepadaNYA.

Dari CINTA-NYA kita berasal, dan atas nama CINTA DIA menciptakan kita krn CINTA kita mendatangi-NYA, dan demi CINTA juga kita kembali kepada-NYA.

Hanya memerlukan seminit utk mengenalimu, sejam untuk menyayangimu, sehari utk mencintaimu, tetapi seumur hidup utk melupakanmu, HanyaMU yang yaNG kEkAL,
Bukan Dia.

Andainya hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungkannya. Namun andai mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang Nyata bukan Pendusta.

salam selantara.

Cetusan

Kenapa lama kakak tak menulis..sibuk sangat ker?” Kata hakim kepada ku

Emhh.. tak ada lah manada sibuk..ntah..(tiada reaksi dan jawapan lanjut)

Mata masih melihat kaca televisyen..hakim mengerling memandang..lantas asyik menggeleng....

Ku tersenyum..

”ala cakaplah nak kakak tolong buat cerpen...” ku sengih seketika

” sumbang-sumbanglah, banyak sangat kerja kuliah...walau hakim tengok ”grammar” n ”pronouns” kakak dah tertukar ke FOOD SERVICE MGT hehehe....

Termenung.....sian hakim, sejak sambung ke bidang sastera dan sosial dia macam ada kekeliruan mengarang, tapi dia yang minat ke arah itu....ku pun lama dah tak baca buku penceritaan ..

” hakim nak wat cerpen tentang apa..akak ada ramai kawan yang suka mengarang..blog mereka pun kakak banyak.... tengok lah dan cuba dapatkan idea...” ku bagi harapan..

” Persahabatan atau peraRASAan hati..ok tak kakak?” hakim bersungguh.

”Aik.. macam kenal ja tajuk tu hakim..?” terpancul jawapan dibenak ku..

Hehehe...

” cari idea dan informasi dulu, tak susah jika nak buat betul-betul..ala hakim kan mantap dah..saja je ye..” garap ku.

” ye la, kakak, yang penting bukan setakat ada RASA ja..jangan la emosional sangat..Fikir jauh..Tenang..ingat Allah s.w.t...” ngomel hakim.

” la.. terima kasih la..walaupun macam tak berapa kena sesi ”emosional” tu...” madah ku..

Ketika itu ada satu semangat hendak berkongsi cerpen terdahulu.....

”kak, due date kamis tau, terus bagi perangkaan..ok, nak tidur dulu” laju susun kata hakim.

iskh...emmmm........


SUATU KEHIDUPAN

Sejenak mata ini memandang ke arah bumi yang sangat..
Indah……
Cantik......
Hebat.......
Bertapa diri ini bertuah..
Tetapi, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Adakah ianya seindah kehidupan ku...
Adakah ianya mengulik rasa cinta hati ku..
Adakah ianya setinggi cita-cita ku..
Adakah suatu kehidupan yang lebih baik buat diriku..

…………………………………………………………………………………………….

Cerita itu,

Remangan senja membentuk sesuatu yang amat mengagumkan, tirai yang dilabuhkan menguning, menusuk kalbu pada yang menghayatinya.Ia amat mengasyikkan. Amat syahdu rasa dalam rindu.

Terdengar sayup-sayup azan berkumandang memuji kebesaran ilahi..
Tatkala itu, terdengar kicauan burung putih berlagu riang getarannya. Berdebar hati itu.
Disitulah Ayu..berlabuh di atas batuan kecil, di celah-celah hamparan pasir, menarik hati pada sesiapa yang memandangnya.

“Ayu sayang, mari balik nak...’’suara ibu memecah lamunanku.

“ Ibu baliklah dulu, Ayu nak tunggu ayah’’ jawab Ayu. Setiap hari, ayah pulang dari laut
membawa hasil tangkapannya. Ayulah, manusia yang paling gembira dan seronok. Setiap kali itu jugalah, dia sering bertanya mengapa ikan-ikan itu tidak pernah habis walaupun ditangkap.

“Kenapa tak pernah habis ikan yang ayah tangkap ye..? Tanya Ayu dengan perasaan ingin tahu..keliru..dan naïf.

“ Itulah kuasa Allah Ayu..” Pak Akhir memandang wajah Ayu anak kesayanganya.
Ya, itulah kuasa Allah, Pak Akhir, ayah Ayu meningalkan Ayu keseorangan kini.

Ayu masih dipantai, mengingati memori yang ditinggalkan ayahnya .Ayu pasrah. Dia memandang ke lautan.Ternyata, laut itulah membaham manusia kesayangannya 5 tahun lalu.Ayah.....Ayu rindu sangat...

Sejak itu, keluarganya ditimpa kesusahan, amat perit, rumahnya bagai menunggu saat untuk menyembah bumi. Rumah Nelayan.Siapalah yang hendak mengendahkan.Walau pada zaman pembangunan dan kemajuan ini, sebenarnya masih ramai yang merana kedaifan. Hasil jualan kuih maknya hanya dapat menampung pembelajarannya serta lima orang adiknya.

“Ayah, tengoklah Ayu jalan ada gaya cikgu tak?” Tanya Ayu riang.

“ Anak ayah bukan sekadar macam cikgu, tapi macam ratu!” Seloroh ayahnya.

“Eleh, kakak macam momok ja bersolek!’’Najmi menjuih bibirnya.

“Kurang asam adik!’’Ayu memekik ke telinga Najmi. Adik keduanya.

Ahh....itu dulu, kenangan berlalu, tetapi kini, walaupun keputusan SPM baik dan menggalakknya melanjutkan menara gading, impiannya musnah bagai debu-debu pasir yang dihembus angin pawana. Ayu ke sekolah juga cuba menyambung pelajarannya ke tingkanan 6 rendah sejak seminggu lalu.Entah sampai bila. Dia sendiri tak mengetahui. Mungkin hari ini, hari yang terakhir buat dirinya.

“Kenapa Ayu?’’ tanya Cikgu Ariel lembut. Ditatap wajah Ayu. Memang seayu namanya. Sememangnya guru itu menyimpan perasaan terhadap Ayu. Ayu tahu tentang itu.

“Saya bantu kamu ya?’’ halus suara Cikgu Ariel kepada Ayu.

“Errr..emmm..tapi kami tak mampu Cikgu Ariel. Adik-adik saya ramai. Yuran sekolah ini pun sekolah yang bayar, adik-adik yang lain lagi, yuran buku, persatuan dan kelengkapan lain, arghh.. saya tak boleh mementingkan diri sendiri!’’ Petah sekali Ayu berbicara.

“Tapi Ayu, saya akan usahakan, buku-buku saya akan dahulukan, lagipun dekat pusat sumber kan boleh dipinjam, kawan-kawan lain juga ada mintalah bantuan mereka. Biasiswa yayasan negeri saya akan cuba dapatkan, OK?’’. Cikgu Ariel cuba memujuk.

“Tapi sampai bila cikgu? Manusia cikgu lama-lama…”. Ayu tidak dapat meneruskan kata-katanya. Cikgu Ariel terdiam.Bukan Ayu seorang sahaja yang bermasalah begini, ada lagi pelajar-pelajar kampung pedalaman Sg. Bedena ini yang senasib dengannya. Cuma Ayu gadis yang terselamat dari kancah bohsia dan bohjan diluar sana. Kesian mereka, hanyut dalam gelombang sosial yang melampaui batasan.


Cikgu Ariel terpaksa mengakui kata-kata Ayu. Tetapi dia ikhlas membantu Ayu. Dia yakin, setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya.

“Dunia ini kadangkala tidak adil, yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus bertambah miskin” keluh Cikgu Ariel.

“Apa Cikgu Ariel?” Ayu bersuara. Cikgu Ariel tersentak dari kewarasannya yang dia sendiri tidak ketahuan. Terpinga-pinga memandang Ayu.

Kringgggggg….

Deringan loceng ini menandakan berakhirnya alam persekolahan Ayu. Dia meninggalkan Cikgu Ariel tanpa jawapan dan memberi harapan padanya. Dia tidak mahu. Segalanya hanya kenangan mungkin impiannya musnah. Ayu cuba memujuk hatinya. Mungkin ada peluang lain. Manusia ini dilahirkan berbeza dan setiap kejadiannya berhikmah.

“Tapi, masihkah ada peluang esok?” Ayu berteka- teki dalam tangisan hati. Tangisan naluri. Patah hatinya.Bukan mudah Ayu menangung derita ini.

Ayu kembali ke rumah, semakin hampir dia ke rumah, semakin jelas suara Mak Ehah mengapi-apikan ibunya. Disuruhnya Ayu berkahwin dengan anak saudaranya. Ayu tidak jadi naik. Dia sebak dan pilu. Dia cuba mengamati setiap butir-butir kata “hikmah” Mak Ehah.

“ Apa kau susah Nas, kau kahwinkan sahaja si Ayu dengan Redha, senang hidup kau!’’ kata- kata Mak Ehah semakin menghiris tangkai hatinya. Pedihnya Ya Allah. Hanya Dia saja yang tahu.

“Nantilah kakak, saya bincang dengan Ayu..” sayu suara Mak Nas.

Ayu melangkah naik, pura-pura tidak mendengar.

“Allah…..Ayu..Ayu..buat apa sekolah lagi nak, duduk kampong ni, kahwin ja la. Tengok kawan kau yang dapat 8A SPM, tak kemana pun, bila dipinang terus kahwin” kata Mak Ehah. Ayu tersenyum pahit. Terpancar pemikiran kolot Mak Ehah, anak dara dikahwinkan sahaja lepas sekolah. Tidak masuk akal langsung pendapat dirinya.

“ Zaman sudah berubah tapi manusia sukar berubah!’’ ngomel Ayu sendiri.

“Aku balik dulu Nas, jangan tak jadi tau!’’ kata Mak Ehah pantas. Senyum sinis memandang Ayu.

“ Ada apa ibu?’’ tanya Ayu berpura -pura. Cuba menahan gelutan hatinya yang begetar semakin sukar di sembunyikan.

…………………………………………………………………………………………

“ Tak ada apalah. Mari makan Ayu..” ibunya cuba menyembunyikan segalanya.

Ayu tergelak seketika. Cuba membuat hatinya tenang kembali. Ibunya senyum. Memang Ayu selalu begitu.

“ Alah, Mak Ehah nak jodohkan Ayu dengan Abang Redha, anak buah dia yang baru balik dari Australia kan? Ayu cuba mencungkil rahsia.

“ Mana Ayu tahu?” Mak Nas kehairanan.

“ Alah, Ayu dengar masa kat bawah rumah tadi” kata Ayu sinis.

“ Ayu setujukah nak..’’. tanya ibunya.

Ayu terus memeluk ibunya. Seerat yang mungkin. Ayu menangis teresak-esak. Dia tidak dapat mengawal perasaan gundah dalam hatinya. Dia cuba memberi jawapan dalam kelembutan belaian seorang ibu. Sememangnya Mak Ehah yang banyak membantu keluarganya. Keluarganya amat tehutang budi kepada Mak Ehah. Mereka pun masih terus berhutang dengan ibu saudara Redha itu.

Ayu melepaskan pelukkan daripada ibunya.

“ Entahlah ibu, kalau baik bagi ibu, maka baiklah, jika tidak maka tidaklah..’’ Ayu berteka-teki. Ayu berlalu dengan pasrah. Ayu menerimanya dengan redha.
Ya, Redha nama bakal tunangnya nanti.

…………………………………………………………………………………………

“ Tak usah menangis Ayu..hari ini hari bahagia Ayu” ibunya menyapu lembut air mata Ayu. Mak Ehah tersenyum puas, berjaya juga dia memujuk Mak Nas agar mengahwinkan Ayu dengan anak saudaranya Redha Adras. Ayu semakin tabah dalam melalui waktu itu.

“ Ayu, ayu masih marahkan abang ye? tanya Redha gusar dalm hatinya. Ayu membisu. Lagi sebulan saja Ayu akan bergelar isteri kepada jejaka tersebut. Ayu tetap membisu.
Mendiamkan diri seribu bahasa. Tiada apa-apa ungkapan yang hendak diluahkan kepada Redha pada ketika itu. Dia masih keliru.


“ Ayu..abang tahu Ayu masih marah kat abang. Abang tahu cita-cita Ayu. Selepas kahwin, abang nak ke Australia. Abang dapat tawaran kerja disana. Nanti, kalau Ayu nak sambung belajar, belajarlah, abang akan uruskan segalanya. InsyaAllah, abang tak akan abaikan Ayu dan adik-adik Ayu selagi abang mampu. Abang nak Ayu jadi sumber kekuatan abang..” ucap Redha menusuk jiwa Ayu.

“ Tapi jika Ayu tak bersedia dan tak sudi terima abang, abang akan tangguhkan atau batalkan saja urusan nikah kita. Tapi niat abang untuk Ayu ikhlas!” Redha mengurah lagi pintu hatinya pada Ayu .Ayu tersentak, ada sinar kejujuran dalam hati Redha. Jejaka yang menjadi tunangnya itu.

“Terima Kasih abang. Ayu harap ianya bukan sekadar omong-omong kosong” Ayu meminta kepastian.

“InsyaAllah Ayu. Abang tak akan sia-siakan Ayu dan adik-adik Ayu” jawab Redha yakin.

Ayu masih masih dalam dilema. Masih mencari kepastian. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat memahami kegusaran hatinya. Ayu memandang kelautan...mungkinkah tindakan Ayu betul.
Ayu memandang Redha dan terus mencari jawapan yang hampir pasti

…………………………………………………………………………………………

Perjalanan Hidup ini..
bukanlah sesuatu yang mudah..
Sejenak hati ini bermurung..
Sekilas duka itu meraung..
Jiwa manusia berasa begitu kosong...
Hancur tidak berpegangan..
Bagaimana hati ini harus dipandukan..
Bagaimana caranya..
Bagaimana kesannya..
Bagaimana menempuhinya..
Inilah realiti suatu kehidupan..

Wednesday, December 3, 2008

Sulaiman..

Lama rasanya diri ini mencari ruang untuk menulis sesuatu di blog. Mungkin disebabkan selalu tertumpu kepada kepada kelas tuisyen yang berjalan dirumah, penyakit demam pula yang melanda satu keluarga, broadband yang selalu kadangkala ON kadangkala OFF sampai sukar nak ‘menyelami’ PC babah, tidak berkesempatan nak pergi ke CC walau hanya beberapa meter sahaja dari rumah juga kesibukkan sama-sama menguruskan kenduri sepupu yang dekat- dekat pula tarikhnya. Kalau satu tidak mengapa lagi. Kalau dah lebih daripada dua dalam masa 2 bulan ini, sibuknya kalah pengantin hee..

Banyak sangat alasan diatas, sebenarnya bukan perkara besar sangat pun, semuanya atas diri sendiri juga. Kesempatan yang ada, diri ini tidak terlepas sebenarnya bersama-sama mengikuti satu rancangan televisyen.Diri ini tidak berkenan dengan rancangan televisyen lagi-lagi, begitu semarak cerita realiti TV seperti “Sehati Berdansa, Akademi Fantasia, My Star, dan Dance with me”. Hakikatnya ia salah satu perkembangan yang tidak sihat ditonton.

Atas itu, alhamdulillah keluarga menghindari rancangan ini kepada setia bersama OASIS. Channel ini adalah satu-satunya saluran yang memaparkan cerita-cerita berunsurkan islamik. Di sini, ada slot Indahnya Iman di mana zikir-zikir bergema setengah jam sebelum waktu solat. Ceramah berbentuk motivasi yang mengikut peringkat umur dan sebagainya. Saluran ini adalah salah satu langkah yang baik bagi menyalurkan medan dakwah kepada masyarakat. Sisipan akhbar Berita Harian pada 30 November 2008 ada menyatakan bahawa ada antara penonton bukan beragama Islam tertarik dengan wadah yang disiarkan dan akhirnya mendalami Islam dan memeluk Islam...Alhamdulillah.........

Pada cuti sekolah ini, ASTRO channel Oasis ada memaparkan drama hikmah bertajuk Sulaiman. Mulanya tidak mahu menonton, kerana takut ’terlekat’ mata ini, maklum sahaja diri ini ’kaki TV’ teringat kata babah nak lekatkan mata ini kat TV. Selepas perkara itu, kononnya merajuk pada dia.Atas pengaruh anak-anak buah, saudara mara dan adik sendiri yang bersungguh-sungguh promosi cerita yang berhikmah ini, maka tertontonlah siri ini dari episod tengah sampai pengakhirannya semalam.

Cerita Sulaiman adalah hasil ilhami dari kisah Nabi Ibrahim a.s. yang dilayarkan oleh pelakon-pelakon daripada Indonesia. Secara kesimpulannya, cerita ini berkisar kepada seorang Pemuda bernama Sulaiman yang mempunyai ayah yang berpegang kuat pada penyembahan berhala dan mengamalkan ilmu-ilmu hitam yang sangat dasyat. Penyokong terbesar adalah iblis laknatullah. Berhala di bina disekeliling rumah sebagai bukti kekuasaan ‘dunia kegelapan dan kejahatan’.

Berlainan pula ibunya yang sangat taat pada perintah Allah s.w.t, termasuk Sulaiman. Oleh itu, sentiasalah berlaku pertelingkahan antara Sulaiman juga ayahnya. Sulaiman sentiasa menasihati ayahnya supaya kembali kepada Allah s.w.t.. Atas keegoan dan kemegahan diri dan juga termakan nasihat iblis, ayahnya menentang kuat anaknya Sulaiman yang terkenal kerana zikirnya dan dia juga akhirnya hilang sabar dan bertindak memecahkan semua berhala ayahnya.

Maka, Marahlah si Ayah itu dan cuba menentang anaknya, tetapi serta merta ayahnya mati disebabkan kuasanya terbalik menentangnya atas doa Sulaiman yang meminta pertolongan dari Allah s.w.t..Sulaiman dan ibunya bersedih kerana Tuan Saji itu mati dalam keadaan sesat di jalan Allah s.w.t. Peristiwa itu sebenarnya memberi satu titik permulaan dendam bagi pemusatan ilmu hitam yang diwarisi oleh ayahnya.

Kerana...episod seterusnya, dia diuji dengan Tun Sutarji yang angkuh kerana menggelarkan dirinya hebat dan berkuasa di seluruh alam. Tun Sutarji adalah Tok guru ayahnya yang ingin menyesatkan Sulaiman. Tetapi, dengan usaha dan kesabaran Sulaiman menghadapi ujian, semua bentuk halangan berjaya dihadapi dengan bantuan daripada Allah s.w.t..Dari situ, Sulaiman disegani dan ajaran Islam berkembang diseluruh perkampungannya.

Dari cerita ini ada terselit peringatan dimana,

Keangkuhan dan kesombongan...antara musuh utama agama yang mesti dibuang langsung dari kamus hidup manusia. Jauhilah sikap itu dalam diri kerana mungkin ia akan menguasai hati juga minda manusia hingga alpa kepadaNYA.

Firman Allah s.w.t,
“Allah tidak suka orang yang angkuh dan sombong’’
(al-Hadid:23)

Setelah cerita Sulaiman tamat, terdengar keluhan daripada Arief adik yang paling kecil mengatakan,

“alah, Sulaiman dah habis dah, macam mana ni?” hee..

“lepas ni tengok cerita ilyas la!!” Jawab pula sepupu dia, haa..

“kenapa pula?” Jawab kami serentak, urmm..

“lepas Sulaiman kan ilyas”(mengikut susunan lagu Para Nabi)” huu..
hakimi..hakimi..melawak pula dia...