Ketenangan Hati Bersama Islam

Monday, July 25, 2011

Sebiru Hari Ini Seindah Hari Kita

Sebiru hari ini..
Birunya bagai langit terang benderang..
Sebiru hati kita..
Bersama di sini..


Seindah hari ini..

Indahnya bak permaidani taman syurga..
Seindah hati kita..
Walau kita kan terpisah..

Bukankah hati kita telah lama menyatu..
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi..
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya..
Hapus air mata meski kita kan terpisah..
Selamat jalan teman..
Tetaplah berjuang..
Semoga kita bertemu kembali..
Kenang masa indah kita..
Sebiru hari ini...

Sunday, July 24, 2011

Pernikahan Sebagai Satu Ibadah

Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud..

“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah,

“Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi,

“Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”

Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram..

Sunday, July 3, 2011

Mahar: Kita Lupa Akan Pesan Nabi S.A.W.


Salam Sya'ban semua.. Menjelang hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan..

Mudah-mudahan dengan harapan sanak-saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka di samping mengeratkan silaturrahim.. Maklumlah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu.. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya.. Itu pun seandainya ada cuti..

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya.. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik.. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab.. Masing-masing tahu sebabnya.. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang..

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan ramai..

"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10000."

"Anak pak Seman pulak RM1000 je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."

"Anak saya kawin RM7000, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."

Macam-macam orang cakap.. Macam mahu jual barang.. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi.. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan..

"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan..

Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan.. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin.. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini..

"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Siti.

"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2000 jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam.. Tidak berani membantah cakap ibu.. Dikhuatiri akan terderhaka..

Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa..

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar.. Terkadang seperti menjual anak pula... Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita.. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10000, RM100000 dan sebagainya...

Hakikatnya, di manakah martabat kaum wanita? Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi.. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta.. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat..

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar.. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar...

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasulullah S.A.W. bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan.. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki.. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki...

InsyaAllah..usah risau.. kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda..

Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga..

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik..

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan..

"Aku bayar sampai RM11000, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku kelak...

Kita lupa akan pesan Nabi S.A.W. yang mana nabi menyebut,

"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."

"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."

"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain..

Sedarlah kita bahawa.. kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar.. lagi tinggi darjat seseorang wanita itu.. Ini salah sama sekali..

Semoga bermanfaat pada semua.. InsyaAllah..

Sunday, June 12, 2011

Selalukah Kita Begini?

Salam semua.. harapnya masih dalam rahmat dan redha-Nya...insyaAllah.. Sedikit perkongsian bersama.. Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun.. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang.. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia..

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika kita masih belum mampu, jangan sesekali bermain dengan perasaan.. Ia tidak akan membawa kemana-mana.. Perjalanan masih terbentang jauh.. amat jauh...

Apabila diceritakan mengenai jodoh?.. ada apa dengan jodoh??

Masih tidak yakin dengan janji Allah S.W.T.?

Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali.. qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi..

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Lihatlah...
Kita semua punyai misi untuk Islam.. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta.. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita?.. untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?..

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah.. Adakah ia hanya sebuah keseronokan?.. Untuk merealisasikan mimpi indah?.. Tidak.... Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah S.W.T. suatu ketika nanti.. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya?..

Jadilah hamba kepada Pencipta kita sebaik-baiknya..

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata.. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi.. Mereka melihat syurga di hadapan mereka.. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin...

Bukan seperti kita?.. Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal.. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan.. Jadi, berusahalah untuk Menyihatkan IMAN!..

Kunci cinta, kasih sayang dan perasaan?..

Cinta dan perasaan satu keperluan.. tidak dinafikan ia kerana fitrah..tetapi kita mesti pandai menguruskannya.. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan.. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya.. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari Islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya...

Mari sama-sama kita mencari cinta dan Redha-Nya...

InsyaAllah...

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Sunday, May 29, 2011

Kita Pernah Bersama..

Kita pernah bersama..
Menempuh onak dan duka..
Tidak pernah putus asa..
Walau dugaan datang melanda...

Dikau pernah bertanya..
Bila bahagia akan tiba..
Ku berkata bersabarlah..
Serahkan saja pada yang Esa..

Bila masanya menjelma..
Kebahagiaan akan tiba..
Namun tidak mungkin ku lupa..
Kenangan indah kita bersama...

Menempuh onak cabaran..
Dan liku hidup yang panjang..
Tidak mungkin hidup ini sepi..
Selagi ku masih di sini...

Kini terungkai sudah..
Kisah hidup kita..
Berbekal taat dan sabar..
Pastikan berjaya...

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Ibu & Guru


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Kepada insan yang bergelar IBU...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku..
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku..
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku....

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil..
Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga....


Kepada insan yang bergelar GURU....

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa..
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta..
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara..
Jika hari ini seorang 'ulama yang mulia..
Jika hari ini seorang peguam menang bicara..
Jika hari ini seorang penulis terkemuka..
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;..
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa...
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis... baca..."

~Usman Awang~


Sesungguhnya, Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih....

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru..
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Sunday, May 8, 2011

Ujian Itu.. Kembali..

Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan..
Menjalani hidup ini tanpa ada cubaan..
Sayangnya harapan itu tak pasti kerna cubaan akan terjadi..
Untuk menguji sabar diri dan ketaqwaan..
Akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan..
Ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan..

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah..
Yang akan kembali kepadanya kapan dan di mana saja..
Dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan..
Agar mendapat keredhaan dan pertolongan..

Sayang harapan itu tak pasti kerna cubaan akan terjadi..
Untuk menguji sabar diri dan ketaqwaan..
Akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan..
Ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan..

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah..
Yang akan kembali kepadanya kapan dan di mana saja..
Dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan..
Agar mendapat keredhaan dan pertolongan..
Dalam ujian..

~Tashiru - Kembali~

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.. Dahulu diri ini melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan.. Sakit.. kehilangan harta benda.. kehilangan orang tersayang.. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hamba-NYA supaya jika kita bersabar.. insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.

Dan diri ini tertanya...

Kenapa diri ini tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?

Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?

Kemudian diri ini tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan.. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan.. Oh, diri ini sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari...

Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu...

Dan sekarang, mungkin Allah mahu diri ini merasa ujian yang pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan...

Susahnya kehidupan seorang pelajar mungkin...
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji dalam bentuk ini.. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah...

Tetapi aku tahu.. Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita.. Persoalannya, mampukah diri ini lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya.. Andai diri ini gagal dalam ujian ini,mungkin ada hikmahnya.. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku kelak..

Namun, aku hidup dengan manusia.. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia.. Sedar atau tidak, diri ini terpaksa memenuhi semua tuntutan itu.. Sehingga mungkin terlupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya..

Ya Allah..ujian itu kembali.. biarkan ia ku hadapi dengan tenang setenang mungkin.. InsyaAllah..