Ketenangan Hati Bersama Islam

Saturday, January 7, 2012

Ingat Mati..Hilang Keseronokan Dunia..


Siapakah yang mampu melawan takdir saat malaikat Izrail sudah 'ditugaskan' untuk mengambil nyawa yang dipinjam.. Banyak cerita tentang kematian namun hanya beberapa minit ia terkesan di hati kecil.. Kita tidak tahu, 'makwe pakwe' kita pun tidak tahu, ibubapa kita tidak tahu, kawan kita juga tidak tahu.. Tiada siapa tahu ajal masing-masing.. Hanya Allah S.W.T. yang tahu..

Apapun, ingatlah kematian yang menanti.. Bukan mengejar dan mengutamakan dunia lebih daripada akhirat...

Siapa yang tidak lupa kubur dan kerosakan serta meninggalkan kelebihan daripada perhiasan dunia?


Siapa yang mengutamakan benda kekal daripada benda sementara dan rosak?


Siapa yang tidak menghitung harinya dan menganggap dirinya daripada golongan mati?

Buat renungan bersama...

Thursday, August 11, 2011

Istiqarah Cinta


Bersaksi cinta di atas cinta..
Dalam alunan tasbih ku ini..
Menerka hati yang tersembunyi..
Berteman di malam sunyi penuh doa...

Sebut nama Mu terukir merdu..
Tertulis dalam sajadah cinta..
Tetapkan pilihan sebagai teman..
Kekal abadi hingga akhir zaman...

Istikharah cinta memanggilku..
Memohon petunjukmu..
Satu nama teman setia..
Naluriku berkata..

Dipenantian luahan rasa..
Teguh satu pilihan..
Pemenuh separuh nafasku..
Dalam mahabbah rindu...

Diistikharah cinta....


Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak

"Allahumma Ballighna Ramadhan. Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

Beberapa hari lagi menjelang, tibalah bulan Ramadhan. Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan? Ini yang perlu kita teliti dan fahami..


Selamat Menjalani Ibadah Pausa Dalam Bulan Ramadhan kali ini..
Pada Semua Juga Diucapkan..
Amin..

Saturday, July 30, 2011

Aishiteru


Menunggu..
Semoga Sentiasa Dalam Rahmat & Redha-Nya..

Monday, July 25, 2011

Sebiru Hari Ini Seindah Hari Kita

Sebiru hari ini..
Birunya bagai langit terang benderang..
Sebiru hati kita..
Bersama di sini..


Seindah hari ini..

Indahnya bak permaidani taman syurga..
Seindah hati kita..
Walau kita kan terpisah..

Bukankah hati kita telah lama menyatu..
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi..
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya..
Hapus air mata meski kita kan terpisah..
Selamat jalan teman..
Tetaplah berjuang..
Semoga kita bertemu kembali..
Kenang masa indah kita..
Sebiru hari ini...

Sunday, July 24, 2011

Pernikahan Sebagai Satu Ibadah

Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud..

“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah,

“Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi,

“Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”

Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram..